name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

May 25, 2017

0 Comments

Chapter 232 || Kurus di bulan Ramadhan & Aidilfitri

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Tajuk ni impian setiap perempuan di dunia. Impian yang paling best adalah makan unlimited tapi body mantopp... normal la tu.. aku pun camtu jugak kan...

Larome jual lagi ke?? Jual dik. Sapa nak larome pm akak ye. Ni weight loss akak mula² akak berimpian untuk kurus. Menjadi. Lepas tu akak kerja tempat baru dan opis akak depan 2 tapak dari cafe. Lepas tu akak banyak skip kerja mengepam susu.. terus berat akak jadi angka 6 seterusnya ke angka 7.

Lepas tu akak pregnant. Lepas bersalin akak pakai larome. Tapi kadang² akak malas sebab akak deal dengan baby. Bila dah pakai tangan kena basuh elok² sebab nanti nak sentuh baby. Nak minyakkan baby.. Nak mandikan baby.. Terkena mata terus trauma sebab pedih oiii....

Then akak guna grapefruit & slique essence. Macammana dia bertindak? Bila guna akak jadi cepat kenyang.. 1 sebab akak minum air putih banyak.. 1 lagi sebab grapefruit ni kelat sket so selera jadi kurang. Seriously akak rasa kurus sikit. Cumanya baru-baru ni setelah berbincang lanjut mengenai topik kurus dengan group minyak akak ni akak terus stop untuk sementara. KENAPA? WHY? Sebab akak bf baby. Fully bf. Sejak akak guna 2 essential oil ni berat baby naik 100-200g je sebulan. Kalau uolls tengok my baby nampak chubby.. tapi takdela berat mana pun. Sibuk sangat nak kurus sampai lupa baby. Jadinya akak hanya ambil supplement dan Ning Xia Red.

Tapi kenapa akak suggest 2 EO ni?

1. Bila bulan ramadhan, kita boleh kurangkan selera makan masa berbuka jadi takdelah makan macam selera king kong. Makan ikut keperluan je sebab perut korang cepat kenyang.

2. Bila bulan Syawal, korang kalau boleh nak makan semua. Nak makan banyak pulak tu. Penat tau usaha masa bulan Ramadha tapi raya 2 hari berat dah kembali ke angka tinggi dan makin meninggi. At least masa open house pun kuantiti makanan yang masuk perut pun dapat dikawal. 

Macammana rupanya EO tu?? Ni akak attachkan gambar sekali.. Both EO ni 15ml. Seriously berkesan untuk weight loss tapi syarat utama dia adalah istiqamah supaya berat ko pun istiqamah menurun.







Grapefruit ni banyak fungsi dia. Weight loss, depression, antiseptic, dissolve lemak & banyak lagi. Semua minyak Young Living ni multipurpose tau.

Dalam Slique pun ada grapefruit. Tapi untuk orang yang bernekad ingin kurus, akak suggest ambil jugak untuk efek maksimum. Confirm...



 TIPS LAIN????

Minum air putih banyak. Air gas air sirap tak kira. Lepas pukul 8 jangan makan heavy. Kunyahlah buah dan minum air suam je. Breakfast jangan skip.

Sorry akak tak timbang berat akak sekarang cuma akak perasan tentang inch loss. So kalau korang nak tau detail pasal grapefruit & slique ni.. cari akak.
.
Oh 1 lagi.. our group member pun guna. Istiqamah betul and dia lost 10kg in 2 months. Ada sorang lagi lost 20kg dah. Hebat kan? Usahkan korang.. akak pun terinspirasi ni tau. Akak target raya ni akak nampak kurus.

Nanti akak share lagi journey kurus akak. Jom kurus sama-sama nak?

ok bai.


Marziah Zakaria
Young Living Independent Distributor
ID : 3781237



May 23, 2017

0 Comments

Chapter 231 || My Dear Zahin Mirza

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,




Dah la tak menulis. Kekok rasanya. Kahkah.

Ini Zahin. Muhammad Zahin Mirza. 7 years old. Anak sulung.


Bukan. Hari ni bukan harijadi dia. Saja saya tulis sebab tiba-tiba saya rindukan dia.


Dia ada je. Sekolah. Poyo je ibu dia. Kah lagi.


Sebab arini saya scroll IG Bazli UNIC tu. Tak dapat tahan sebak tengok Syahid anak beliau. Terus teringat kat Zahin.


Dulu masa saya kerja  Zahin tinggal dengan pengasuh. Pangkat nenek dia. Dorang memang sayang Zahin. Jaga macam cucu sendiri. Bawak je kemana². Ikatan yang takkan dilupakan dan kami juga minta Zahin tak lupa semua tu. Zahin start sekolah umur 4 tahun di PASTI. Bila masuk 5 tahun kami pindah jadi Zahin pun lepas sekolah transit di rumah ustazah.


Bila saya ambil waktu petang.. Biasalah kita ibu mesti nak tanya soalan macam². Belajar apa makan apa kawan dengan siapa. Tapi Zahin jenis yang malas nak menjawab. Jadinya selama 3 tahun tu kami tak berapa tahu sangat aktiviti Zahin (dari mulut Zahin ). Maksudnya aktiviti harian lah. Kalau ada periksa atau event lain memang kami tahulah sebab ada surat kan.


Jadinya kami anggap Zahin tak suka bercerita. Walaupun kami memang nak sangat Zahin buat macam tu. Kadang-kadang kami ambil lambat so mood Zahin pun dah kelaut. Tak ceria. Apa boleh buat. Tuntutan kerja masa tu.


Tapi Zahin jens tahu apa dia nak. Contoh n makan la. Aku selalunya akan ikut selera dia. Bila balik kerja akan tanya nak makan apa. Dan selalunya masak ikut menu tu lah. Zahin tak la complicated sampai mintak macam² dan selalunya menu yang kami boleh buat lah. Cumanya kadang² jenis tak sabar nak makan. Ibunya yang stress kalut nak masak.


Ogos 2016 Zharif lahir. Terus aku nekad berhenti kerja sebab penat nak ulang alik dari rumah ke KL. Berapa jauh? 100++ km sehala. Banyak sebab sebenarnya resign tapi sebabl lain tu biarlah berlalu di angin lalu.


Sekarang ni ibulah yang hantar dan ambil Zahin sekolah. Pagi sampai petang. Siapkan semualah.


Sejak tu saya notice Zahin ni banyak bercerita. Sebenarnya Zahin ni banyak mulut. Kalau naik kereta dia memang asik bercakap. Cumanya dia jarang cerita aktiviti kat sekolah. Dululah.


Sekarang kalau ambil dari sekolah.. ibu kena bersedia dengar macam-macam cerita. Dah habis cerita pasal sekolah cerita lain pulak. Pendek kata tutup je lah radio kereta tu. Fokus kat dia. Macam-macam topik. Kadang-kadang jenuh jugak ibu nak cari jawapan.


Yes. I love talking and chit chatting with him everyday.  Zahin boleh bercerita sampai cerita waktu dia dah besar. Dah kawin dah ada anak lah. Hoi memang fikiran ke depan saja.


Masa dia 5 tahun dia dah participate pertandingan kalam jamaie sampai peringkat negeri. Masa 6 tahun pun sama. Dia dia jadi konduktor. Masa dia bagitau aku tak percaya.. Biar betul ustazah ni. Rupanya memang betul. Cumanya ibu tak sempat tengok masa 6 tahun sebab dalam pantang.


Baru-baru ni pun Zahin dipilih untuk bercerita selama 1 minit in english di perhimpunan. Cikgu tanya and he said OK. Ibu kagum sangat. Sebab Zahin berani. Bila sembang balik Zahin bagitau Zahin gementar sikit sebab ramai orang depan Zahin. Cikgu pun baik hati ambilkan gambar dan video.


Pagi tu Zahin tak praktis pun. Malam sebelumnya pun tak. Sebab dah 2 minggu tertangguh sampai Zahin pun takde mood nak praktis dah. Ibu pun rasa teacher dah lupa rupanya pagi tu Zahin kena naik pentas. Alhamdulillah he manage to remember everything. Syukur.






Alhamdulillah.

Apa yang saya dapat sekarang? Anak yang sangat suka bercerita tentang sekolah setiap kali balik. Baik sekolah pagi mahupun petang. Yang paling priceless, riak muka gembira setiap kali nampak kereta ibu tunggu di luar sekolah. Syukur.

Ini bukan cerita tentang anak saya paling hebat atau nak poyo tentang anak sendiri. Tapi ini cerita tulus dari hati untuk anak saya. Biar 1 hari nanti dia baca apa yang saya coretkan untuknya. Saya juga tak kata saya ibu yang terbaik sebab sanggup berhenti kerja untuk jadi seperti sekarang. Bukan juga mengata ibu-ibu yang bekerja tu tak baik atau menghasut anda² semua berhenti kerja dan jadi macam saya. Semua ada tujuan dan kepentingan sendiri dalam hidup. Terpulang pada anda macammana nak pilih. Yang pasti apa jua pilihan anda saya percaya ianya untuk keluarga anda. 

Sekian repekan saya di hari Selasa. Ok bai.




November 10, 2016

0 Comments

Chapter 230 || Produk Young Living

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Sambungan dari Essential Oil kat SINI. Boleh baca yang tu dulu.


Basically Young Living ada produk lain jugak. Meh aku senaraikan.
1. Essential Oil single. Contoh lavender tu dari pokok lavender lah. Lemongrass dari pokok serai.
2. Essential Oil (EO) Blend. EO ni adalah campuran dari beberapa EO single. Contoh Purification adalah campuran EO lemongrass, rosemary, myrtle dan beberapa lagi single EO. 
3. Personal Care - Ada deodorant, lip balm, hand soap, body lotion, facial wash dan banyakkkk lagi. Semua ni ada EO tau. 



4. NingXia - Minuman / supplement yang sedap di tekak aku. Campuran dari wolfberi dan ada 4 EO dalam tu (Orange/ Yuzu/ Lemon/ Tangerine). Ada berries, delima, plum. Antioksidan dan banyakkkkk sangat khasiat dan kesan positif. Ni aku tulis ni pun sebab aku dah minum dan rasa. Kalau tak memang tak berani nak claim bagus. Nanti aku cerita detail jugak pasal NXR ni. Tapi aku tepek jugaklah gambo bagi korang terliur macam aku terliur mula-mula dulu. Aku memang pantang tengok berries & air berries. 

Sapa terliur boleh beli dengan aku. Boleh minum dari budak-budak sampailah ke warga emas. Kot-kot nak beli untuk mak ayah ke, suami nak belikan untuk isteri yang jadi surirumah ke. 

Eh Surirumah kerja banyak tau. Jangan ingat wife kita surirumah dia duk rumah goyang kaki je. dapat je NXR ni hari-hari uolls makan sedap tau. Sebab hati wife manyak senang. 



5. Thieves Collection - Thieves ni EO blend yang bagus sebab dia bertindak sebagai anti-viral, antiseptik, antibakteria dan antikuman. Thieves collection ni pulak adalah personal care yang semuanya ada EO thieves kat dalam tu. 


6. Slique Collection - Ni EO nak kurus. EO single kat atas pun banyak yang boleh guna kalau nak lose weight.


7. Kidscents Collection - Personal Care untuk anak-anak. Contohnya ubat gigi, lotion yang bebas dari bahan kimia merbahaya. Of course juga ada EO kat dalam tu.


8. Massage Oil - EO ni walaupun nama dia 'Oil' tapi dia sangat cepat meresap ke dalam kulit. So kalau guna EO sahaja memang tak sesuailah jadi minyak urut. Jadi kalau nak buat minyak urut kena campur degan Carrier Oil jugak. Carrier oil ni jugak gunakan untuk 'dilute' kan minyak yang agak pekat / panas especially bila nak guna pada baby lah. Mostly kita dilute minyak untuk baby. Kata 100% essential oil. Haruslah dilute.


9. Accecories - Mostly yang paling banyak guna diffuser lah. YL ada macam-macam diffuser tapi yang paling glamer kat Malaysia dew drop lah. Sebab senang dapat FREE. Nak free jugak ke? Meh whatsapp akak 012.5977398.



Next entry aku cerita detail sket pasal  EO ni,.Mungkin aku start dengan NXR dulu. Sebab produk ni senang tak macam EO yang memerlukan banyak ilmu dan pembacaan.

ok bai. 


November 09, 2016

0 Comments

Chapter 229 || Terjebak dengan YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL (YLEO)

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ape kes tajuk tak hagak-hagak. Nak cerita sebab dah terjebak. Dan tersuka.

Mula-mula member kenalkan. Cerita. Dia share kat FB. I is dont care u know. Malas. Tak minat nak tau.

Pastu jumpa dia. Kawan sekolah actually. kalau tak sebab minyak pun tapi sebab member memang kitorang akan jumpa bila free. Walaupun tak selalulah. Haha..

Start beli ORB diffuser + peppermint + lavender. Both Essential oils (EO) 15ml. Pastu dia cerita pasal Lemon untuk detox dan kuruskan badan. Sebab harga member murah dalam RM51 maka belilah. Semua dalam  RM300-RM400 gak la masa tu. Roomate aku kat hotel geleng kepala je.. "Akak, Sanggup akak beli dan keluarkan duit macam tu je". Aku tak jawab.. Sebab aku pun tak tau nak jawab apa.

Esoknya try guna. Guna pun takat guna je. Member still follow up feedback aku. Tak rasa nak menambah ke hapa. Selain member aku si Rina ni, ada few kenalan FB yang guna juga EO ni dan share dalam FB. Satu hari aku nampak post dia pasal dia buat "Wellness Blend" untuk jaga kesihatan anak-anak dia. To be exact to boost immune, untuk elakkan jangkitan penyakit (kita usaha, selebihnya Allah tentukan). So aku tanya dia.. Dia jual 10ml dalam RM120.

Aku tanya Rina. Kot-kotlah beli dari Rina dapat murah. Hahaha.. Agak checpskate di situ.

Then Rina suggest another blend dan dia juga suggest untuk aku beli sendiri semua minyak yang aku nak tu dan buat blend sendiri. Dia akan bantu untuk pilih EO since EO yang ada banyakkkk sangat. Mau pening kalau first time tengok. Tak tau mana nak amik.

Aku masih 50-50. Time gaji dia follow up lagi. So aku pun malas nak fikir aku on je lah. 

Bayar dalam RM 1k++ dan dapatlah EO macam ni. Masa ni seronok tengok minyak je. Nak guna kena study satu-satu. Ni pun aku dah combine dengan yang beli mula-mula dulu.

Ni lah orb Diffuser tu. Takde jual kat Malaysia. Yang ni member aku order dari US. Guna USB. So sesuai digunakan dalam kereta atau office.  Kalau nak beli boleh bagitau. Yang 1 lagi kat atas tu dew drop diffuser. Yang tu guna plug elektrik. Lagi efektif. Tengok saiz la kan...Nanti entry lain aku cerita lain.

Aku tak terus buat blend yang aku nak tu. Aku try apply sikit-sikit pada anak-anak. Perlahan-lahan juga aku nampak perubahan. Anak-anak pun macam suka sebab bila tak berapa sihat tak payah makan ubat. Aku just sapu je pada dada, belakang, tapak kaki dan bahagian yang sakit.

Kalau tak sihat, tetaplah aku ke klinik tapi lebih kepada nak confirm dan nak tau apa sakitnya. Bila tau senanglah aku nak treat. Lebih kurang macam tu lah.

Bukan aku sorang excited sebenarnya. Zahra pun sama. Botol-botol ni comel-comel semua dan ada sticker colorful. Colorful bila ko beli banyak la. Kalau beli 1 botol dia belum jadi colorful. hahaha...

So bila dia geram adalah aksi-aksi nak menerai sendiri minyak. Ada waktu dia tak bernasib baik, eh selalu nasib tak baik, minyak yang dia test mostly minyak yang panas. Pernah dia sapu rambut.. dia tiru macam aku selalu sapu kat ubun-ubun dia. End up menjerit, aku heret ke bilik air dan syampoo balik 1 kepala.

Now dia dah tak usik tapi geram nak tanggalkan sticker EO ni. Ada jugak budak macam tu. Aku memang alert je dengan dia tapi ada 1 masa tu aku terlepas pandang jugak makanya EO Orange aku dah takde sticker. Nasiblah mak kenal bau lagi nak...

OK berbalik pada cerita EO tadi. Rina masukkan dalam support Group. Support group yang gunanya untuk sharing macam-macam. Bila dalam group tu kita rasa seronok. Even kita newbies. Sebab banyak info boleh dapat. Kengkadang membaca ni malas sket tapi Telegram laju je bukak. Hahaha...

Dari situ timbul minat nak explore. Pendek kata meh kita summarize kan balik kenapa aku suka YLEO. Jangan tanya aku pasal brand lain sebab aku tau pasal Young Living je.

Kenapa aku suka essential oil (EO)?

                         

1. Sebab essential oil boleh guna banyak cara. Boleh sapu, boleh diffuse, boleh inhale, boleh titik dalam makanan/ minuman. 

2. Ada single oil dan ada blend oil (campuran beberapa jenis minyak). Even nama dia Single oil pun tapi kegunaan dia banyakk sangat. 


3. Boleh buat blend sendiri. Blend ni yang YL tak jual lah. Kita beli single oil dan blend sendiri. Setakat ni dah buat FLUBOMB, WELLNESS BLEND & ECZEMA BLEND etc. So far puas hati sangat. Nanti free aku cerita pulak apa single EO yang ada dalam blend ni.


4. ZZ boleh terima EO. Bila rasa tak sihat sendiri datang pada saya minta disapukan EO. Bila jatuh ke terus datang mengadu dengan ibu. Aku pun layan je lah amik lavender sapu je kat luka.

5. Sebab aku boleh guna untuk apa saja tujuan (sebagai treatment awal). Rasa-rasa macam nak selsema atau takut anak-anak selsema lepas kena hujan atau mandi laut contohnya, boleh sapu flubomb. 

6. Sebab Young Living ni Trapeutic grade. Seed to Seal lagi. Maknanya kualiti dari tempat tanaman tumbuhan dan biji benih hinggalah packaging semua kulaiti dititikberatkan. Mula-mula aku skeptikal tentang ni.. tapi bila leader aku sendiri dah pegi ke ladang mereka di US dan lihat sendiri semua proses depan mata agak-agak tak nak percaya lagi ke..

7. Sebab Young Living ada minyak untuk emosi. Menarikkan? 

And the list goes on...


ok. Buat masa ni tu je lah. Aku guna sejak Mac 2016 sampailah sekarang. Suka. Sapa nak tau detail bagitau. Kita sembang sambil inhale EO amik mood. Haha.

Ok bai. Iolls tengah tunggu roti batch terakhir dalam oven. eh iolls jual roti jugak tau. Kalau duk sekitar Tanjung Malim/ Keliang/ Kalumpang dan kawasan sekitar boleh whatsapp no yang sama untuk order. Akhir kata, terimalah gambar roti yang aku masukkan EO Oren dan lemon jugak dalam tu. Sedap tau.

Kiri - EO Orange. Kanan - EO Lemon. Jemput tengok. 

Ok bai lagi. 







November 04, 2016

0 Comments

Chapter 228 || Life Update

| Posting by: jie || Photo by : jie & YoungLiving| 

Bismillahirrahmanirrahim,

Lama tak bersiaran. Lama tak update. Banyak jugak cerita yang tertangguh. Trip Bangkok (bulan 1 ke bulan 2 entah) entahlah nak buat ke tak. Macam banyak yang dah lupa. Trip Legoland lagi bulan 5. Yang pasti, aku hari-hari masa tu buat trip dari rumah ke Taman Melawati. Kalau nak kira jarak memang boleh solat jamak lah kiranya.

2 Ogos baby Zharif lahir di Hospital Slim River. Nasib tak berapa baik Allah nak bagi rezeki kena czer. Fetal distress. Yang benarnya ibu yang stress. Kenapa stress? Tengoklah kalau aku rajin nak bercerita. Sebab kalau ikutkan memang takde mood nak cerita. Padahal dah siapkan fizikal dan mental dah. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kita hanya merancang.

Adam Zharif bin Edi Shazril.

Berpantang 2 minggu di rumah sendiri. Mak aku pun kat sini. Masa tu pun stress sebab tak boleh bertungku. Tengok perut buncit tension ooo. Then bila dah balik kampong, kawasan czer pulak kena infection. Bernanah. Stress jugak. Kira sebulan jugaklah aku mandi ala-ala je. Nasib baiklah sepanjang ibu stress baby Zharif sangat behave. Takde colic takde meragam. Malam pun tak pernah la berjaga. Maybe dia tau ibu dia stress.

Those were the days. Hari ke-45 balik semula ke rumah sendiri. Oh semasa berpantang aku hantar surat resign. Tender 2 bulan. Yeah semua terkejut. Tapi apa boleh buat.. Aku dah malas nak berulang alik 5 hari seminggu. Buang masa atas jalan. Buang tenaga. Buang duit. Buang mood. Sebab lain better left unsaid. Wohooo…

So 14 Oktober hari akhir bekerja..which aku tak bekerja pun. Menghabiskan cuti tahunan yang sedang elokkkk je dengan baki hari yang perlu bekerja selepas cuti bersalin. Syukur tak perlu masuk office tengok workload yang menimbun. Oh before that aku ada jugak datang office untuk pulangkan apa yang patut. Nak jumpa big boss ramai yang takde. Takde rezeki la dorang nak jumpa aku. Wakakaka…

Ramai yang tak percaya aku resign. Well, aku sendiri pun tak percaya aku senekad ni. Aku tak la berani mana pun tapi aku redah je. Sebab aku percaya rezeki dari Allah. Bukan maksudnya tak buat apa-apa dan menunggu je peti ais baru jatuh dari langit. Ok tipu.

Yang jeles pun ada. Aku rasa ni mostly idaman semua ibu-ibu kot. Bezanya ko resign dalam keadaan bersedia atau tak. Itu yang akan pengaruhi emosi. Macam aku.. bila rasa tak tenang aku akan tengok muka baby Zharif. Sembang je ngan dia. Buat masa sekarang dia la bestfren aku. Hahahaha… Dah muka dia je aku tengok 24-7. En. Edi ngan ZZ time weekdays keje & sekolah.

Now aku rasalah macammana perasaan jadi surirumah. Even hanya tinggal dengan Zharif waktu siang, takde maknanya aku nak membuta tengahari. Takde maknanya nak tido bila Zharif tido. Time tu lah nak kerja.  Macam biasalah rutin.. kemas rumah, basuh baju, sidai, kutip, lipat, simpan. Hoiii banyak betul kisah baju bajan ni. Pastu masak petang untuk makan malam. Biasa tengahari aku tak masak atau masak yang ringkas-ringkas je untuk aku. Ringkas means yang aku takkan masaklah untuk orang lain. Ringkas aku betul-betul ringkas.

Tapi ada masanya yang dirancang tak menjadi. Ada time Zharif tido sekejap-sekejap pastu nak aku asiklah depan mata dia… Agak payah jugaklah time tu semua kerja nak siap. Angkat letak dodoi angkat letak… sakit pinggang jugak dibuatnya. Betis tapak kaki semua lenguh. Bangun pagi-pagi nak pijak pun rasa sakit tapak kaki. Amboi baru sikit dah mengeluh ye. Bukan.. Ni nak cerita apa yang aku rasa. Terus rasa macam... “Bolehke aku ni. Zharif baaaru 3bulan. Larat ke kaki ni.”

Serious sakit kaki dan pinggang memang sangat-sangat terasa. Stress. Nasib baik ada Essential Oil. Oh aku sekarang banyak guna Essential Oil (EO) untuk family. Semestinya Young Living pilihan aku sebab Trapeutic grade. Nanti aku cerita pasal EO ni kat entry lain. Korang kalau berminat ke atau memang ada plan nak beli bole contact iolls k. Aku sekarang dah jadi Independent Distributor. Kalau dah tau nak beli apa and nak register member boleh klik SINI dan tekan je CONTINUE. Nanti sistem akan bantu anda register. Pendek kata Zharif ni memang baby EO sebab dari dia lahir aku memang dah meminyakkan dia. Dari dalam hospital lagi you.. Takpelah kita cerita next entry lah.

Contoh Promo November. Ada lagi yang korang boleh tengok. Contoh..

Next week Sabtu aku nak refresh knowledge pegi join kelas meroti lagi. Masih lagi dengan Cikgu yang sama. Kalu korang nak join kelas boleh contact Cikgu Zalina & pegi terjah blog dia kat SINI. Blogger jugak cikgu aku ni tapi blogger yang laaagi famous la dari aku. Ai ni blogger picisan jer. Update blog pun malas ada hati nak jadi blogger.

Takpe. Blog ni rekod aku. Nak cerita apa pun boleh. Bila-bila aku boleh baca balik. Kat FB tak syok nak bebel panjang-panjang. Ai is malu like that. Kang ongkata syok sendiri pulak. Kalau kat blog syok sendiri takpe. Kalau orang mengata aku pun jawab.. “kesah pulak aku”. Kahkah.. Hati kental nih..

*  Nak tanya pasal EO, boleh whatsapp akak 012-5977398.
*  Nak tanya pasal kelas roti, contact Cikgu Zalina. 
*  Nak tanya pasal Larome.. YES masih menjual. Syukur masih ada pembeli sampai sekarang. Rezeki dari entry blog inilah yang membuatkan pembeli masih mencari saya. Siapa nak Larome Warm Serum atau Larome Clearskin whatsapp no kat atas jugak. 

Nanti aku sambung balik. Tata.


  
back to top