Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 3 || Tips : Penggunaan Komputer Riba/Laptop ~ olahbersama® Blogger Widgets

May 23, 2013

Chapter 3 || Tips : Penggunaan Komputer Riba/Laptop

| Posting by : edi |


Bismillahirrahmanirrahim,

Beberapa tips mudah utk pastikan laptop/notebook kita berada dalam keadaan tip-top.

Ini sebagai permulaan entry, that's why agak skema... hahaha


1.Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50
  peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk

pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh

dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.





Kredit : http://www.klinik-komputer.info/tip-tip-penggunaan-komputer/tipspenjagaankomputerribalaptop



0 comments:

Post a Comment

back to top