Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 30 || Mokhtar Dahari aka Super-Mokh ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 17, 2013

Chapter 30 || Mokhtar Dahari aka Super-Mokh

| Posting by: edi || Rujukan : Google, Wikipedia & Youtube |





Bismillahirrahmanirrahim,


Mandangkan la ni dok musim Harimau Malaya buat friendly dengan kelab2 dunia,  yang terbaru dengan Chonburi FC yang berkesudahan 0-0 semalam. Yang terdekat nanti dengan Chelsea, pastu kemungkinan dgn kelab2 dari Jepun dan yang kemuncaknya dgn La Liga Champione, Barcelona. So dengan itu aku nak cite sikit berkenaan dgn Lagendo Bolasepak negara sekitar tahun 70an hingga lewat 80an. Cite2 ni bukan 100% aku olah, ade yang aku pinjam dari bbrapa media elektronik.


Mungkin ramai dah terlepas dengan siaran yang dipaparkan oleh National Geographic mengenai lagenda bolasepak kita, Mokhtar Dahari atau Super-Mokh!. Aku sendiri tak berkesempatan untuk menyaksikannya. Setelah terbaca entry yang diimuatkan dalam laman FOXSPORT MALAYSIA, baru tergerak hati aku tuk berkongsi mengenai kehebatan penyerang bolasepak negara ini di dalam Olahbersama®. 

Ianya disiarkan pada 30 Ogos 2010, sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Siaran yang diberi tajuk The Untold Truth About Super-mokh menceritakan perkara2 yang jarang menjadi bualan orang ramai selain cerita mengenai punca kematiannya. Allahyarham Mokhtar Dahari masih dikenang hingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 22 tahun. 


                                      

                                      

                                                 

                                      

Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari, adalah lagenda bolasepak negara yang tiada galang gantinya. Beliau juga merupakan salah seorang pemain pasukan Selangor (Red Giant). Sehingga ke saat ini, masih belum ada yang boleh setanding dengan Super-Mokh walaupun pernah seketika penyerang sensasi negara Safie Sali, hampir menyamai kehebatan Allahyarham, ketika menjadi duri dalam daging sewaktu penyerang kebangsaan itu meledak gol2 cantik ketika bermain dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2010. Sedikit imbasan dari perlawanan2 yang dijalankan yang menyaksikan Safie Sali menjaringkan gol pada pertandingan tersebut.




Namun semakin lama semakin merosot permainan Safie Sali, sehingga ke hari ini masih belum ada penyerang yang boleh menandingi Super-Mokh. 

Generasi la ni mungkin ramai yang tidak mengenali Super-Mokh, hehe even me. Maksud aku bukan secara langsung macam aku mengenali Safie Sali, Radhi Md Din, Yusry Che Lah, Domi Che Non, Azman Adnan, Subadron Aziz, Khairul Azman Mohamad dan lain2. Walaupun aku dilahirkan pd tahun 1981, Allahyarham meninggal dunia pada 11 Julai 1991 jadi pada waktu tu aku baru darjah 4 sedangkan pada 1985 merupakan kali terakhir beliau mewakil negara dan 1987 beliau bersara dari dunia bolasepak sebelum beliau disahkan menghidap penyakit Distrofi Otot pada tahun 1989. Pada ketika Allahyarham mengecapi dunia kegemilangan aku belum kenal siapa itu Mokhtar Dahari. Dengaq kot radio je laa kot, tak pun tv1.

Antara kelebihan Super-Mokh adalah rembatan kencangnya yang mana 3 jari penjaga gol negara mendiang R. Arumugam patah ketika menampan bola tendangan beliau. Hebat tak ingat..

Ringkasan Biodata Super-Mokh

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).


Mula Mewakili Selangor : Piala Burnley 1971

Bermain di Piala Malaysia : Wakili Selangor 1972

Mula mewakili Negara : Pestabola Merdeka 1972

Kali Terakhir Mewakili Negara : Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

CAPS : 167

Gol di dalam Piala Malaysia : 177

Gol Antarabangsa : 125

Jaringan Terbaik : Gol penyamaan menentang England B pada 1978

Pencapaian : Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
Anugerah : Olahragawan Kebangsaan 1976


Super-Mokh dan Komersial

Pernah dengar Filem melayu berjudul Mekanik? Ianya ditayangkan pada tahun 198. Namun kemunculannya tidak lama, hanya beberapa saat. Teraju untuk filem ini adalah Othman Hafsham (yang terkenal dengan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu) Pelakon utama Filem ini adalah Azmil Mustapha, Julie Faridah, Susan Lankester, Dato' Yusuf Haslam dll. Berikut merupakan babak di mana Allahyarham Mokhtar Dahari muncul. 



Allahyarham juga pernah menjadi duta kpd produk susu. Yaaaa susu.. Susu berjenama Frisiana - "Susu tepung penuh krim", "Khasiat dari Holland", "Baik untuk yang sedang membesar. Baik untuk dewasa" . Cer refer laman INI

Itu saja laa serba sikit cita berkenaan Allahyarham Mokhtar Dahari aka Super-Mokh.




































0 comments:

Post a Comment

back to top