Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 47|| Resipi CheeseCake best ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 13, 2013

Chapter 47|| Resipi CheeseCake best

| Posting by: jie || Photo by : jie |


Bismillahirrahmanirrahim,


Tajuk tak agak-agak..Cerita lama dah pun..


Tahun ni cuti raya AidilAdha hari Selasa. So agak boring sebab ai tak dapat bercuti..Mendahulukan anak-anak buah kekdahnya. Bila tak balik kampung kami ke Banting rumah pakcik En. Edi. Dalam komuniti jawa, pakcik yang pangkat adik-adik MIL dipanggil paman bagi lelaki dan bibik bagi perempuan. Kalau abang kakak MIL panggil wak (nama)..Masa mula-mula dengar statement tu rasa punyalah susah nak ingat semua tu..apahal jawa ni payah sangat nampaknya??? hahaha...


So Jumaat malam tu kami ke sana. Sebab nak raya rumah orang harusslah ada buah tangan..So nak buat kelainan, kami bawah nutty thin yang di'order' saje hahaha..oh lagi satu ai buat  cheesecake u...Sebelum ni selalunya buat unbaked sebab malas nak bakar. Tapi sebab memikirkan hari raya dan takut kek tu tak best + might be berstruktur lemah bila tak sejuk, so kena bake juga..


Ai tak la pandai sgt buat cheecake..so thanks to google yang telah bermurah hati menunjukkan 'link' yang begitu banyak sekali untuk ai refer..hahaha..bila banyak, harusslah pilih yang senang dah mudah dibeli juga dibuat...


End Up I pilih nak buat nih...





First attempt buat..Fuhh...dah la nak bawak rumah orang..aku tawakal je la...kot-kot kalau potong nanti jadi tak rupa kek..hahaha..tapi bukan nak cakap la..pada aku memang sedap kek ni..penyumbang terbesar kesedapan harusslah disebabkan resipinya...

Nak resipi? moh aku bagi..aku refer dari blog INI...Resipi asal dia baked oreo cheesecake..tapi sebab aku nak buat version ada buah dan tak jumpa plak bluberry filling mahupun fresh blueberries, aku beli fresh starawberry je..


ni version aku ye...



Baked Strawberry Cheesecake with strawberry sauce

Bahan:-30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus 

1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-(500 gm) cream cheese 
300 g homemade cream cheese (ni aku tambah sukati aku..tak letak pon takpe. 500g dah cukup cheesy)
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
buah strawberry yang dipotong dadu

Cara Menyediakan:-
Base :- 
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan natural yogurt dan pukul sebati.
~ Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong dadu tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn suhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. 

Untuk filling atas tu, aku letak strawberry, gula, perahan lemon dan tepung jagung. Masak atas api sederhana, kacau sampai rasa dan kepekatan yang disukai. Sejukkan dan simpan dalam peti ais.


Masa nak makan pagi tu, keluarkan kek dan baru letakkan filling atas tu. Merah mak ngah ai punya filling. 




Try potong sket. masuk ke mulut. Oh nyamannya...


Chilled Blueberry/ mango Cheese Cake - Unbake version



Both picture kat atas sama je resipi dia..aku cuma tukar filling je. Untuk blueberry, aku letak readymade blueberry filling. Untuk mango ni memang aku letak buah mangga fresh. Blueberry buat untuk makan dengan member-member masa kat rumah dan mango tu buat sempena besday En. Edi di Sungai Siput utagha. 

Basically yang ni lagi senang sebab tak payah nak bake. Aku amik idea dari blog Mat Gebu. Campur, putar, campur, kaup balik, masuk loyang, duk dalam esbox. Buat malam so esok nak makan dah sedap dah. 


BAHAN BAHAN 
SUMBER RESIPI : CMG

base
200 g digestive biscuit
100 g butter - dicairkan

cheesecake
250g creamcheese - dilembutkan
60g gula kastor
1 biji buah mangga - dikisar menjadi puree
1 biji buah mangga  didadu- untuk hiasan
(untuk blueberry cheesecake boleh skip buah ni)
1 1/2 sudu besar gelatin halal ( ai guna brand NUR)
125ml air panas@suam
200ml whipping cream disejukkan 

CARA CARA

base
1. Setelah biskut  dikisar didalam food processor, masukkan butter yg dicairkan. Gaul sebati kemudian, letakkan didalam loyang (yg boleh ditanggalkan). Tekankan biskut tersebut sehingga mampat dan rata. 
2. Letakkan didalam peti ais sementara. Now go to cheesecake. 

mango cheesecake
1. Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Masukkan hirisan mangga. Putar sebati. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut.
3. Didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
4. Masukkan gelatin kedalam adunan dan gaul sebati. Ratakan dan simpan didalam peti ais sehingga kek membeku. Paling kurang 3-4 jam. Bila dah siap, bolehlah dihias dengan potongan mango yang didadu  tu kat atas cheesecake. 
5. Siap dan sedia di ngap.


Ni cheesecake aku yang pertama aku buat. Agak huduh sket. Rasa pun ada rasa cheesecake tapi tak sesedap orang lain buat. First time buat, tak reti nak pukul whipping cream. Pukul terlebih, terus jadi cair balik. Terus panik. Terus buat..hahaha

Moral of the story - Kalau nak masak/ bake, buat je..Kalau first time menjadi, its a bonus. Kalau tak jadi, cuba lagi yo...

ok bai. 








0 comments:

Post a Comment

back to top