Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 48 || Raising young khalifah seminar - Part I ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 14, 2013

Chapter 48 || Raising young khalifah seminar - Part I

| Posting by: jie || Photo by : jie. GOOGLE. FB Raising Young Khalifah|

Bismillahirrahmanirrahim.

Nampak menarik kan tajuk dia..Itu yang buat aku tertarik untuk join the seminar..They dont call it kids, children, love ones etc...But they call YOUNG KHALIFAH..Subhanallah...



Agenda seminar..By right En. Amin Idris adalah moderator tetapi atas sebab menziarah arwah CEO TV Al-Hijrah yang meninggal dunia pada hari yang sama, beliau digantikan oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman dan  saudara Faridzul Nasaruddin. Kira macam 1st half dgn 2nd half la..haha...For me, both person have done a very good job! Alhamdulillah...



Disebabkan kedudukan seminar yang sangat strategik, so I was decided not to drive..en. Edi, followed by abg long zahin hantar sampai sini..

Bila dah sampai n register, the crew tanya..Peserta atau alumni..I was..What alumni? Dah byk session ke and I just knew it? Tapi macam En Edi kata laa, lepas aku register dia kata Wardina Safiyya selalu war2kan seminar ni (sejak bila minat Wardina lak ni).. Terasa kerugian juga di situ..Tetapi apa yang lebih mengujakan adalah ramai parents yang bawa anak anak termasuk baby..Terus teringat Zahra yang kurang sihat di rumah babysitter..


As a whole, aku rasa seminar ini sangat perlu untuk ibu bapa, bakal ibu bapa mahupun yang masih bujang trang tang tang. Sedikit mukadimah tentang seminar ini...




Aku Sertakan key point yang aku sempat salin ataupun yang aku ingat...secara keseluruhan, aku suka dengan penyampaian Ustaz Syaari Abdul Rahman dan Imam Muda Asyraf..Tak lupa juga selebriti jemputan Irma Hasmie dan suami..sangat humble patah-patah perkataan yang keluar dari mereka.

1. Peringatan tentang dajjal..Kebangkitan dajjal..Fitnah dajjal..Bagaimana mengekang fitnah dajjal dikalangan young khalifah..

Untuk mengekang dan meringankan ketakutan kita, tuhan turunkan surah Al-Kahfi...diminta kita supaya betul betul memahami maksud surah ini dan mengajar young khalifah...

Surah Al-Kahfi - paling kurang ayat 1 - 10


2. Memandang alam dan dunia dari mata hati. Kita senantiasa mengharapkan keajaiban berlaku untuk kita melihat kuasa Allah. Tapi jika kita berfikir dengan sebenar-benarnya, to name a few, aku masukkan sedikit contoh dari seminar itu dan juga yang aku dapat dari majlis ilmu yang lain. 

- Kejadian alam semesta ini adalah keajaiban. Bagaimana bumi boleh berpusing dan stay pada paksinya, tiada perlanggaran dengan planet-planet ataupun bintang lain.
- Kejadian siang dan malam. Bagaimana boleh terjadi tanpa sebarang kecacatan. Bukankah itu satu keajaiban?
- Semua objek jatuh ke bawah disebabkan tarikan graviti. Tetapi mengapa pokok semakin meninggi dan tidak jatuh ?? Yes perlukan cahaya matahari tetapi matahari jauh nun di sana. Dan bagaimana pokok setinggi 250m (pokok tertinggi di dunia) boleh survive tanpa perlu kita menyiramnya..
- Bumi yang sentiasa berpusing pada paksinya dan berpusing mengelilingi matahari tanpa kita merasanya. Sedar-sedar je.."Eh dah hujung tahun??"
- Bunga pokok kurma perlu 'dikahwinkan' untuk berbuah. Bukankah itu keistimewaan bilamana pokok lain tak perlu begitu.. 
- Pertembungan 2 lautan di sempadan laut perairan Alaska menjadi perkara yang luar biasa kerana kedua-dua bahagian air tawar dan air masin bertembung mewujudkan seolah-olah ia tidak bercampur di tengah laut di teluk Alaska. Terdapat buih-buih yang terhasil dari pertembungan air itu. Tidakkah itu satu keajaiban? ini juga telah disebutkan di dalam Al-Quran

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al Qur'an, Al Furqan:53)



- Yang paling penting AL QURAN. ini mukjizat dan keajaiban paling agung. Bagaimana satu naskhah itu mampu menceritakan apa yang berlaku sebelumnya mahupun selepasnya? Dulu bukan zaman ada FB, kamera dan satelit canggih..Subhanallah..

Marilah kita selawat ke atas nabi Muhammad SAW. 


3. Melihat Itu semua sudah cukup untuk kita berterima kasih kepada Allah. Lagi satu, oksigen..Bukankah itu satu keajaiban? Sebab tu lah kita diminta untuk bersyukur setiap kali bangun dari tidur.

4. Berbalik kepada kisah tadi, jika kita masih mengharapkan keajaiban, itu semua memang akan datang. Tapi dari dajjal..Dajjal juga manusia, lelaki, bertubuh besar dan sememangnya berusaha ntuk menjatuhkan umat Muhammad. Jika kita tunggu, sebenarnya dajjal lah yang kita tunggu. Pada waktu itu kita dah tak mampu mengenal mana yang hak mana yang batil. Bilamana manusia di dalam keadaan begitu, lebih mudah dajjal hapuskan kita.

Jadi bersama-samalah kita mempersiapkan diri masing-masing sebelum tibanya saat itu. Sambil menulis ni, aku pun agak gerun dengan apa yang bakal berlaku. Berbalik pada tajuk itu juga, marilah kita beramal berdasarkan surah Al-Kahfi ayat 1-10. 

Sebenarnya aku baru bercerita pasal 2 panel iaitu  Ustaz Syaari Abdul Rahman dan Prof. Madya Mat Rofa Ismail. 

Nanti aku sambung part II plak untuk kita bersama panel selebriti, nak kenal potensi otak kanan atau kiri juga kepentingan dan kelebihan solat. 

Sukacita diingatkan sekali lagi, apa yang aku cerita adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku yang sekecil zarah sahaja. Jika di dalam pembacaan terdapat kesalahan atau mesej tidak sampai, itu adalah kelemahan diri aku sendiri dan please feel free to comment.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati FB Raising Young Khalifah di SINI.

Kalau nak follow FB Ustaz Syaari boleh follow kat SINI.

Yours Truly bersama bff (sangattt) di hari kejadian...nak enterprem jugek..

Ok Bai. 

0 comments:

Post a Comment

back to top