Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V September 2014 ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 22, 2014

2 Comments

Chapter 115 || ZZ @ strawberry park, Genting

| Posting by: jie || Photo by : jie@S4 |

Bismillahirrahmanirrahim,

Last 2 weeks kami ke Strawberry Park Genting. Actually tak sampai Genting lagi..kat area Goh Tong Jaya..sebab boring duk umah and nak bawak mak jalan-jalan. ZZ of course seronok. Asal jalan jalan je seronok.

Pagi kami gerak. Pagi dalam pukul 10.hew hew..cuaca pun ok. Ingat nak petik strawberry. Sekali strawberry pun sendu je buahnya. Taktaulah bukan musim ke ataupan dah habih tuai. Nak masuk petik pun  malas. Rasa kalau tawaf 40 kali pun basket aku belum tentu penuh.

So jalan jalan tempat yang free je lah. Dah sampai kan. Malas nak cerita lebih. Tengok gambar je lah.


Baru sampai. zahra memang pantang nampak air. Tu je la nak tuju. 

Abang Long yang asik nak kita amik gambar dia. APTB...

Zahra yang tak mau orang pegang dia..Nak jalan sendiri..Kononnn...

Lavender Farm. Aku part part pokok2 hijau merimbun ni suka la...



Tengok ...tak nampak merah pun.. Hijau je banyak. Yang kat bawah tu dah tawaf patploh kali kot baru nak petik..



Yours truly, SIL, En. Edi. 

Lavender......

Sorry. Ai is degil. Sbb comel sangatttt.....Tak tahan...

Lelaki yang menarik perhatian saye & anaknye...Muehehehe...

Tengok cendawan plak. Yang ni petang tu balik rumah buat cendawan goreng. Sedap. 


Boring sebab srawberry tak banyak, gi tengok rabbit kat Colmar jap. 

zahra yang sangat teruja dengan binatang. Selagi boleh nak duk dekat. 





Gambar Zahra pegang rabbit tak sempat amik. Tapi rabbit ni suka duduk macam tu.. Sebab tanah sejuk. Korek-korek tanah pastu lepak. Tak semua yang suka dipegang. Meronta-ronta la..lari la...Tapi manusia hazabedah ramai. Kalau aku jadi arnab pun aku tension. Bila la nak malam boleh rehat. 

Mak saye...Juga pencinta binatang.. Ai  bencinta je.  Eh. 

SIL. Baru masuk kat UPSI. So wiken boleh la culik dia kejap bawak gi mana-mana. 
baidewey, comel kan arnab tu....macam patung je..geram ahkak..

ok bai. 


September 17, 2014

5 Comments

Chapter 114 || Day13 - 14 topic @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebab aku fail lagi dalam pengurusan masa update blog, aku buat summary lagi.

Day 13 - 5 blog kegemaran olahbersama

Tak ikut turutan tau. Aku ikut apa yang ada dalam otak aku ja. Basically aku suka blog yang santai. Yang bila aku baca tu macam dia duk bercerita dengan aku.

1. http://kasihaleeya.blogspot.com

Kak Pilla ni kalau dalam blog penuh imaginasi. Suka cerita aktiviti harian dia. Memang selalu update blog. Kalau takde cerita pun nak update jugak, Walau takde isi, ramai follower yang suka. Sebab ada originality di situ. Wakakaka...macam juri dah kekdahnya.

2. http://neenaanuar.blogspot.com

Blog neena aku suka sebab dia suka cerita travelog dia. In detail. So at least kalau aku belum dapat pergi semua tempat tu aku dah ada info dan tau serba sedikit tentang tepat-tempat tersebut.

3. dianaishak.com

Blog ni pun dah lama folow. Bahasa dia agak suka hati dia. Tapi ramai yang suka. Takde ruang nak komen every entry unless ko fren dia dalam FB. Kalau tak dapek nak fren ko follow dia je lah. Penyampaian dia simple, Lebih kepada apa yang dia pikir je. Ikut logik dia je. 

4. maribergebang.blogspot.com

Doktor. ke bakal doktor. yang pasti ke arah kedoktoranlah sebab itu yang dia belajar. bahasa agak sedikit suka hati jugak. Ikut suka hati dia je nak tulis apa.

5. Blog resipi

Blog masak-memasak. Aku teringin nak masak ape, aku gugel je. Pastu keluarlah berderet-deret blog. Aku buka banyak-banyak, pilih la or gabungkan resipi supaya aku boleh buat. Haa..itulah yang aku paling suka. Konon-konon improvise resipi. Ada jugak yang end up tak jadi. Coontoh buat pavlova..Wakakaka..tak jadi ..Baru sekali cuba. Lambat lagi la aku nak try lagi. 


Aku senang cerita suka blog yang santai. Yang berilmiah sangat tak suka sebab aku keje je dah stress. So takmo ganggu kepala hotak dengan benda yang berat-berat. Aku nak baca gelak-gelak. Takyah pikir banyak. Straight to the point.

Part-part ilimiah / berita semasa aku serah kat En. Edi. Nanti dia yang akan cerita pada aku. Lagi senang. Tugas aku dengar dan persoalkan. Ada yang En. Edi jawab..ada yang dia malas layan..hahaha..

Lagi satu, mudah je. Kalau ko rasa tak suka dengan satu satu blog tu, mudah je. klik pangkah. takyah baca dah blog dia. Aku dulu masa takde blog agak bengang gak dengan sesetengah blogger yang tak buka ruang komen utk anonymous sebab aku takleh komen. Now sebab dah ade blog even follower secoet je, aku pun for now takkan buka. Barulah aku tau kenapa.


Day 14 - Cerita kasut saya

Yakde cerita best. 

Cuma taun ni  aku takde kasut raya. So aku pakai selipar BATA yang harga RM10 je. Yang tau mesti kata baju raya boleh beli 2-3 pasang. Kasut tak beli?

Aku ni memilih beli kasut. Memang takkan beli online la...Pastu kalau outing dengan anak-anak memang aku malas nak cari kasut. Banyak nau masalah aku..Last-last padan muka raya takde kasut. 

Baju dah glamer pakai selipar orang pi kebun sayur. APTB. 

kasut aku belah kanan. Masa ni sebok memilih nak main badminton kononnya. Last last kasut masuk gobok je...reket pun simpan. APTB lagi..


ok bai. 



0 Comments

Chapter 113 || Cabaran 30 Hari - Day 12 - 5 Wishlist Olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : Edy & houzz.com |

Bismillahirrahmanirrahim,

1. Nak bawa mak gi haji. Kalau ikut turn aku memang lambat lagilah. wishlist ini beserta doa supaya aku dipermudahkan dan dipanggil olehNYA. Kalau tak dapat pergi Haji pergi umrah pun boleh.. Bawak mak dan ZZ sekali. Ongkos tak cukup lagi..

2. Nak panjat Gunung Kinabalu. Tak taulah boleh ke tak tapi nak tunggu anak-anak besar sikit. Bila dorang dah besar, ibu boleh plan dah. Korang takmo join pun takpe..Ibu cari geng lain..Muahahaha

3. Nak punya bisnes sendiri. Macam yang pernah diberitahu sebelum ni, nak buat online business more to bakery. Bestnya dapat buat cheesecake hari hari.

4. Nak dapat anak kembar. Yes saya tau boleh huru hara hidup kalau datang angin si kembar cranky..Tapi aku nak sangat. Doakan aku. Bila, selepas balik percutian bersama kawan-kawan ujung taun depan. haha.

5. Nak wujudkan lanskap yang best untuk rumah baru aku nanti. Hujung tahun ni baru nak pindah. Tak sabarnye.....sekarang dalm proses menggoogle, merefer, merujuk lanskap yang best-best. Konsep mudah saja. Nak yang simple, redup mata memandang, tak jemu dan mudah jaga. Now suka view dalam houzz.com. Sebab sangat simple dan cantik!! 


Source : www.houzz.com

Dah nama pun wishlist. Nampaknya no 5 paling mudah kot. No 1 tu susah gak tapi tolong doakan sama ya supaya dipermudahkan. Boleh capai semua tu kalau ada usaha. Yang paling penting kalau umur panjang. In shaa Allah.

Banyak lagi wishlist. Tapi yang lain tu mungkin melibatkan manusia. So payah nak jadi wishlist sebab kita tak tau hati orang. Biarlah wishlist itu duduk dalam hati je. Wakaka..


Mak. Yang telah susah payah lahirkan dan besarkan aku.


ok bai.




3 Comments

Chapter 112 || Giveaway Saya Nak!

| Posting by: jie || Photo by : MissFifi |

Bismillahirrahmanirrahim,

GA lagi..Takpe...makin banyak GA makin banyak peluang hadiah..Jom join..

KLIK SINI UNTUK JOIN

Senang je nak join this GA. Jom kita join sama-sama. Mana nak tau korang pun boleh jadi pemenang..

ok bai.



September 16, 2014

3 Comments

Chapter 111 || 1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN !

| Posting by: jie || Photo by : ASYA AMIN |

Bismillahirrahmanirrahim,

Segmen GA kembali..jom join..


Klik SINI untuk join

Jom join ramai-ramai. Nak tau hadiah? Yang ni aku copy paste je dari blog beliau...nak bagi semangat sikit. JOM!!!!



HADIAH? here goes,


1. RM 100 x 1
2. Dress labuh x 2 - By 7teencollection
3. Beats MP3 Player x 6
4. Gelang Mutiara x 1- By Blogger Miss Boo
5. 1 Shirt ( Short/Long sleeves) x 1


ok bai.

September 15, 2014

9 Comments

Chapter 110 || Liebster Award

| Posting by: jie || Photo by : Liebster |

Bismillahirrahmanirrahim,

Kena tag oleh AswaLeyla. student Unimap. Ahkak dulu pun pernah keje kat perlis dik. Student Unimap selalu datang ofis ahkak buat rujukan. Every sem. Sebab lecturer dorang kawan ahkak. Tapi ahkak and lecturer tu buat macam tak kenal je depan student..Muahahaha...

Ok back to the topic.


Ni cara nak join libster award ni ya..



  • mention the person who nominated you with a link to their blog .
  • answer 11 question asked
  • nominate another 11 bloggers with a small following but with a lot of potential
  • create 11 of your own question for them to answer
  • notify you nominate


  • Aku tengok award ni pun rasa nak demam. Sebab kena jawab soalan pastu create soalan lagi?? Jenuh ahkak dik. Tapi aku cuba la...Sebab boleh eratkan silaturrahim ye dokk..

    Ok meh tengok soalan adik Leyla ni..Ahkak jawab trus la dik..

    1. Apa komen korang tentang blog aku ? Blog Leyla ni kemas. Itu yang aku suka. Tak serabut dengan pelbagai link.
    2. korang still belajar ke dah kerja ? Dah kerja. Ni company ke-4 kalau bekerja secara full time. Klau part time sebelum sebelum tu banyak dah. And baidewey, company ke-2 dan ke-4 adalah company yang sama. Site je berbeza. Hew hew..
    3. kalau korang dapat pergi bercuti dengan percuma, mana korang nak pergi ? - Mekah. Dengan family. Buat HAJI. Sebab kaalu ikut kuota lambatttttt lagiii....
    4. korang start blogging pada tahun ? 2013. Masih muda belia. 
    5. dalam ramai ramai blogger, blogger mana yang korang paling adore ? buat masa ini. INAACHIK. Kenapa? Suka perubahan dia..Suka semangat dia. Suka kekuatan dia. Aku tak sempurna. But I'll always try. gilah terjah..
    6. korang dari negeri mana ? Pengok7. boleh suggest tempat makan yg spesial dekat negeri korang ? Loveat. Bun beger warna kelabu. Yang pasti Islam. 
    8. lagu apa yang korang paling suka ? Current song. Akim & the gang..hahaa.. Mewangi
    9. korang rase prefer online shopping ke direct shoping ? Both
    10. online shop yg paling best korang rase ? Banyak..Nak promote 2 orang member yang dah jadi tokey. Silalah ke BENANG HIJAU dan El ZAHRAA IPOH.
    11. impian korang yang paling besar ? REFER SOALAN 3

    OK 11 blog yang aku nak nominate. Aku ambil dari 11 commentor pertama dalam Blog KBBA. 



    Soalan aku.

    1. Nama anda. Maksud nama anda.
    2. Umur anda.
    3. Tarikh lahir anda dalam kalendar islam. Tak tau boleh google.
    4. Bekerja/ belajar/ suri rumah/ dll
    5. Impian anda
    6. Bila nak capai impian anda tu?
    7. Menu makan tengahari hari ini. Kalau puasa boleh guna menu buka puasa. Sertakan gambar jika ada.
    8. Menu yang suka dimasak oleh anda/ pasangan anda/ kedai fav anda. Kalau ada gambar sertakan. 
    9. Makanan paling mahal pernah dimakan. Kalau ada gambar boleh sertakan. 
    10. Port dalam Malaysia yang paling best bagi anda.
    11. Kenapa port tu paling best bagi anda. 

    Haa..soalan mudah je kot. Senang je. Target supaya anda kenal diri sendiri. Tau apa yang anda suka dan apa yang anda nak.

    Nanti dah jawab boleh komen kat sini ya kawan-kawan. Ai nak check jawapan satu-satu.
    tata..semoga soalan saya tak memudaratkan hari anda.  :)

    ok bai. 


    2 Comments

    Chapter 109 || Cabaran 30 Hari - Day 11 - Kenangan lucu zaman kanak-kanak @olahbersama

    | Posting by: jie || Photo by : Edy |

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Kalau takde cabaran ni jangan harap la entri macam ni nak keluar. Aku rasa apa saja yang terjadi zaman kanak-kanak semua lucu. Untuk sesiapa saja. sebab kita tak payah fikirkan masalah hidup.

    Tapi kali ni nak cerita tentang kenangan zaman tadika je. Kenangan lain nak simpan dalam hati dulu.

    #1.

    Lorong rumah aku tu ada 3 orang yang sebaya aku. 2 lelaki 1 pompuan..dan akulah pompuan melayu terakhir ittew. Si A, si B dan aku si M. B ada basikal. Basikal ada carrier. So kami bertiga akan bersama-sama pergi dan balik ke kelas tadika yang lokasinya di seberang padang bola. umah kitorang ni mengadap padang bola..Sebab basikal si B ada carrier dan 2 orang je boleh naik at 1 time, makanya A dan M ni hari-hari berebut-rebut nak tumpang. Selalunya A yang memang sebab dia laki..Huh...Tension makk...

    M akan rasa bahagia bila A cuti or takmo gi sekolah..Haha..Masa tu takyah berebut naik basikal.


    # 2

    Satu hari di pagi hari, kami ke sekolah macam biasa. pagi tu dalam pukul 8 kot. Aku pun dah tak ingat waktu tadika pukul berapa. Sampai sekolah haritu kabus tebal.

    Si A tetiba menangis. Sekuat-kuat hati. Eh apehal hang nih? Rupanya dia menangis sebab rumah dia hilang. Kabus tebal sangat, So dia tak nampak rumah dia...Muahahaha...


    # 3

    Satu hari jugak. Dekat simpang nak masuk rumah tu ada batu besar. Masa umur 6 tahun rasa batu tu besar la. Budak budak duk gossip kata itu batu nisan. Takuttnye..Siap buat gaya....

    Pastu A dan B komplot nak kenakan aku. Pas habis kelas, depa 2 orang lari tinggalkan aku. Aku nangis. Sampai hati depa memperlakukan aku sebegitu rupa. 

    Mau tak mau terpakse jalan kaki balik sorang. Tetiba mak lalu, so ai is happy balik jalan kaki dengan mak. Sampai tempat tu tunjuk batu tu kat mak. Mak gelak je kata tu bukan batu nisan. Bila aku cerita baik kat si A da B, depa kata memang dah tau cuma saja nak takutkan aku...

    Begitulah hidup aku. sering dibuli... Well, kenangan itu indah sekali. 

    Tapi B telahpun meninggalkan kami selama-lamanya pada 2003. Masa tu aku kat UTM. Bergegas balik tapi tak sempat tengok jenazah. Now tinggallah aku dan si A saja. A pun dah ada anak 2. sepasang macam aku. 

    ** Tak sangka dah 11 tahun arwah pergi. B, aku doakan moga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.



    Gigih aku edit gambo ni. Sebab frenship kami special. Walaupun depa lelaki, depa la kawan2 baik aku lepas family aku.. Mind the 2 models there.. hehe


    Ok bai.







    September 12, 2014

    12 Comments

    Chapter 108 || SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !

    | Posting by: jie || Photo by : Ben Ashaari

    Bismillahirrahmanirrahim,



    Klik SINI untuk join

    Haa..Besar lagi aku up gambar ni..Tetiba rasa nak join. Sebab soalan yang membuatkan aku berfikir and at the same time tak stress...


    Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

    - Sampaikan info di dalam pengetahuan kita supaya ianya boleh menjadi ilmu baru kepada pembaca. Tak kiralah promosi best ke.. ada jualan murah ke..ada produk baru ke.. eh macam ke arah perabih duit shopping je..Takpe pompuan memang suka shopping..

    - Share resipi. Selalunya aku share resipi untuk family. Means kecik besar boleh makan. Resipi yang share tu jugak adalah yang sering dimasak dan diterima oleh tekak ahli keluarga. Tak sedap tak up lah. Malu mak. Resipi juga adalah untuk yang nak cepat, kurang rajin, kurang masa. Janji sedap, sihat, selamat.

    - Share aktiviti dengan family. Selalunya kemana kami bawa anak-anak. Dalam Malaysia je pun. So pada mak bapak yang taktau nak bawak anak-anak pegi mana bolehlah refer. Tempat yang kami pergi tu pun tak la tinggi kosnya. Yang biasa-biasa saja. Janji bermanfaat. Berkelah, pegi zoo, tengok binatang. 

    - Share tempat makan best. Oh yang ni patut sangat dikongsi. Sebab aku pun suka baca kalau blogger lain buat review pasal tempat makan best. Semua orang akan baca punya. Sebab orang Malaysia sendiri bila pegi mana-mana luar dari kawasan yang dia selalu pegi, dia akan cari tempat makan best. Macam aku, memang google je then akan keluarla pelbagai link blog. Best.


    Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

    - Of course. Sebab lebih banyak masa di rumah. Dapat besarkan sendiri anak-anak. Oh my..jauh lagi tu.. Tapi saya nak !!

    - Tetapi sebagai back up plan saya ingin buat perniagaan dari rumah. Secara online. Buat masa sekarang saya dah berjinak-jinak dengan L'arome. Sebab saya suka produk ni. Serasi sangat.. Saya suka saya suka...!!

    - Impian saya, saya nak buat bisnes masak-masak. saya suka meroti. Jadi saya akan buat bisnes pelbagai jenis roti, cheesecake dan juga frozen food. Sebab saya suka. Doakan ya kawan kawan..ini serious. Saya nak buat!!!


    Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

    - Dunia blogger sekarang dah semakin berkembang. Campur aku lagi..blogger yang baru sehari dua naik ni..Haha..

    - Harap-harap apa yang aku sampaikan dalam penulisan aku menjadi sesuatu yang positif buat diri korang. Jika ada apa-apa entry atau post yang nampak macam ujub, percayalah sememangnya tiada niat sebegitu. Apa yang dikongsi oleh aku dan kawan-kawan semua saya percaya itu adalah yang tulus dari hati dan keinginan untuk berekspressi. Lemparkan komen yang positif kerana itulah diri kita. 

    - Aku sangat suka baca blog. Cuma dulu memang tak suka komen. Now dah nampak kepentingan bila Abg Ben bagi tips. Ok akan dipraktikkan nanti. TQ uolls..



    ok bai.  







    September 10, 2014

    14 Comments

    Chapter 107 || Cabaran 30 Hari - Day 10 - Apa ada dalam handbag saya @olahbersama

    | Posting by: jie || Photo by : jie |

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Wow..tak sangka ai berjaya ..dah 1/3. walaupun ada entri yang dikumpulkan. Muahahaha...

    Ni soalan mudah.

    1. Purse.
    2. Handphone
    3. Pen
    4. Pampers anak.
    5. Basic make-up.
    6. power bank.

    Aku taktau nak elaborate entry ni macammmana sebab aku bukan pengumpul handbag. Lagipun dah lama aku jadikan diaper bag anak aku as my handbag.

    Sebab aku boring dan aku taknak korang pun boring, meh aku selit sikit apa yang aku suka masuk dalam perut aku..Arini kita rojak sekali. Aku nak bagi satu resipi. Aglio Olio Spagetti versi aku. Muahahaha.. Tekak family ZZ sedap. Tekak ko? Aku pun tak tau.

    Aku suka makan menu ni. Dulu-dulu asik la beli kat pizza hut. Sebab taktau buat. Pastu lama-lama rasa nak blajar sendiri. Sebab nak taruk rencah banyak-banyak. Aku pun tak taulah website or blog mana yang aku dah belajar. Sebab menu ni dah lama dah aku duk buat.

    En. Edi suka menu ni as breakfast. Curlass ko pagi-pagi  dah melantak spagetti. Jom aku tunjuk macammana aku buat.

    Bahan-bahan (ikut gambar ya sayang-sayang sekalian)

    - Bawang putih didadu kecik-kecik2. Kalau malas chop dengan kejam / gunakan food processor. Goreng. kena jaga api sebab bawang putih cepat masak dan mudah hangus. Kalau hangus tak sedap.

    - Spagetti. Aku suka guna angel hair sebab nampak halus sket. Kalau spagetti dia jadi gemok. Rebus. Dah masak (al dente), angkat. Toskan dalam air sejuk. lepas tu gaulkan dengan minyak zaitun. Barulah shining spagetti dan tak melekat.

    - Brokoli. Rebus dan toskan. Toskan dalam air sejuk.

    - Sorry yang ni tak sempat nak amik satu satu. dah lebur dalam kuali baru sempat amik gambar. Bawang besar didadu, cili kering dipotong serong (potong ikut suka), cendawan shitake, dan seafood kesukaan. Macam ni aku letak sotong dan sosej. Biasa resipi ni orang letak udang tapi nak letak ayam pun boleh.

    Panaskan olive oil. Masukkan  bawang, cili kering. 
    masukkan cendawan shitake.
    Masukkan seafood dan serbuk lada hitam.

    Masukkan spagetti. Gaul bagi mesra.
    Masukkan garam dan perasa. Pak Aji aku tak letak.

    Last baru masukkan brokoli dan bawang putih goreng. Gaul seminit je dan siapp...

    Senang kan?? Sebab family aku suka aku dah malas nak improvise resipi ni. Dah ok di tekak weolls...
    Ni aku goreng pagi-pagi sebab En. Edi nak bawak gi opis ada 'portluck'. 

    Close up sikit.

    Lepas ni uolls pun boleh feeling western makan spagetti pagi-pagi. FYI, En. Edi pun jarang makan spagetti sebelum ni. Tapi sekarang dah pandai berkat ajaran iolls. Haha...

    Meh nak bagi tips sket.

    1. Lepas angkat spagetti panas-panas jangan biar macam tu je. Nanti dia melekat. Tak cantik. Rendamkan dalam air sejuk. Tos lepas tu lumur dengan olive oil.

    2. Kalau guna sotong, rebus asing dulu. So tak la keluar banyak air masa tumis nanti. Kalau udang, ayam / sosej/ balls takpe.

    3. Bawang goreng tu penyedap rasa. Nak letak masa dah angkat pun boleh. Lagi rangup dan sedap.

    4. Cendawan shitake tu beli yang kering punya. So amibil sikit dan rendam air panas bila nak masak. nak lagi cepat cari je yang dah siap-siap hiris. Tak payah potong bagai. Kat giant/ tesco cari je kat tempat herbs,

    5. Sayur pun letak je apa-apa. tapi kalau ko tambah sawi mungki dah tak jadi oglio olio. Dia akan jadi ala-ala Spagetti Singapore plak. Hahah..Boleh guna brokoli, bunga kobis, carrot. But moi all time favourite haruslah brokoli.

    6. Portion agak sendiri. kalau nak pedas lebihkan cili kering & lada hitam. Atau taburkan cili flakes masa nak makan tu. Macam En Edi suka makan dengan sos. Ai is don't like. 

    tu je. ok bai. 





    September 09, 2014

    6 Comments

    Chapter 106 || Cabaran 30 Hari - Day 9 - 5 lelaki yang menarik perhatian saya @olahbersama

    | Posting by: jie || Photo by : jie |

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Bila menarik perhatian means mereka adalah kesayangan  saya.

    1. Arwah ayah saya. How I miss him. Al Fatihah.
    2. Bapa kepada anak-anak saya.
    3. Anak kepada no. 2
    3. Adik ipar no. 2.
    4. Bapa dan adik no. 2.

    Semuanya ada dalam ranking yang sama. Tak boleh aku nak bezakan.

    No. 2 dan anaknya. 


    ok bai.


    September 08, 2014

    0 Comments

    Chapter 105 || Cabaran 30 Hari - Day 8 - Summary topik day 4-8 @olahbersama

    | Posting by: jie || Video by : AKIM |

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Tak agak-agak kan. Malas plak nak buat semua tu setiap entry. Sebab lambat macam mak nenek dah haku nie.

    ok.

    Day 4 - Buku Kegemaran Saya

    Aku dah jarang baca buku sekarang ni. Haha. Dulu masa kat U suka baca novel Sidney Sheldon. paling aku suka 'tell me your dreams'. Sebab dia ada split personality. Macammana pesakit tu tak tau dia ada split personality. sampai masuk court. Dan di court jugaklah dorang hilangkan the other personality. Menarik.

    Pastu suka baca buku motivasi dari Andrew Matthew. Best gila. Senang paham. Senang praktis.

    Sekarang masih lagi membaca. Tapi payah beno nak khatam. Huhu


    Day 5 - 3 perkara yang ingin dikatakan kepada bekas kekasih.
    1. Apa khabar?
    2. Keje mana?
    3. Nak beli L'arome? Puiiii..hahaha (tak kelakar)


    Day 6 - Apa yang anda makan hari ini.

    Pagi ni nak makan mee goreng tapi tak sempat sebab meeting pukul 9.

    Lepas meeting ada refreshment. Mkan mee bakso. bakso n kuah sedap tapi mee rasa kapur. nak mintak bakso lagi tapi malu..Hua hua...

    nak makan nasi takde mood. Jalan-jalan cafe beli pedal ayam seketul, hati ayam seketul. Pastu 2 cucur udang. Tu je buat masa ni.

    Malam ni ada pasar malam kat Antara Gapi. Nak beli kebab sedap gilerlah.


    Day 7 - Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda.

    Penting sebab itu tuntutan ISLAM.

    Penting untuk buktikan aku anak yang berguna pada mak. Sebab arwah ayah dah meninggal masa aku 8 tahun.

    Penting untuk aku dapatkan kerja dengan gaji yang berpatutan dengan kelulusan aku. Pengalaman juga penting tapi ilmu comes first.

    Penting untuk aku lahirkan anak-anak yang bijak. Ada teori kata, jangan cari isteri lawa semata-mata tapi carilah yang genius sebab gen genius anak akan turun dari mak. Hah kau.

    Penting untuk aku jadi contoh kepada anak-anak aku. Dunia sekarang di hujung jari. So pendidikan yang aku dah dapat tu memang perlu untuk aku berdepan dengan mereka yang semakin bijak.

    Penting supaya aku dapat mengawal emosi dan nafsu dalam apa jua keadaan. Muahaha...


    Day 8 - 5 lagu cinta kegemaran anda.

    Payah sket nak jawab. Aku jawab lagu yang aku suka je la...Sometimes tak layan pun lirik sebab aku pentingkan melodi lebih dari lirik.tapi kalau lirik tak boleh blah tu, x koser mak.
    1. Akim & the gang - Mewangi
    2. Siti Nurhaliza - Wanita
    3. Ezzat - Sungai Lui
    4. A song for mama. tak ingat sapa nyanyi. Boys to men kot.
    5. Muse - Unintended

    Hah ..settle jugak akhirnya.

    Nah aku bagi hadiah lagu ni. Err untuk aku dengar sebenarnya. Ye inilah lagu yang paling aku suka sekarang.


    ok bai.









    September 05, 2014

    6 Comments

    Chapter 104 || Cabaran 30 Hari - Day 3 - Sesuatu Yang Menguatkan kami @olahbersama

    | Posting by: jie || Photo by : jie | 

    Bismillahirrahmanirrahim,

    1. FAMILI
    Family kecil aku, (Me, En. Edi & ZZ), Moi family ( mak, kakak dan adik-adik), PIL (mak ayah adik-adik).
    Kalau aku down, aku akan cari En. Edi dulu. Cerita dengan dia. Yelah. BFF la katekan...
    Kalau rasa lemah dan sedih nak menangis, aku akan nangis dulu baru call En. Edi.


    2. Al-QURAN
    Patutnya ini jadi no. 1. Bukan klise ya. Aku pernah rasa down teramat sangat dalam hidup aku. Serious down. Masa pregnant anak sulong. Tapi aku simpan dalam hati sampai sekarang. Lepas penat menangis, aku mula baca Quran lepas solat. Alhamdulillah, rasa tenang dan dapat khatam sebelum Zahin lahir. Padahal masa tu dah 6-7 bulan. Dah sarat pun. Terasa kemanisannya. 

    Tapi tak tau kenapa tak istiqamah. Padahal lepas tu boleh je nak baca setiap kali lepas solat. Ok kena buat ni..semangat semangat...


    ok bai.

    0 Comments

    Chapter 103 || L'arome #03 - L'arome4u FB page

    | Posting by: jie || Photo by : jie |

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Uolls,

    saya baru buat page ni. Minta bantuan kawan-kawan LIKE ya.

    facebook.com/Larome4uhealthylife





    APA YANG ADA DALAM PAGE NIH??

    1. Tips ke arah kehidupan yang sihat.
    2. Tips ke arah pemakanan sihat.
    3. Produk L'arome dan bagaimana produk L'arome bantu untuk sempurnakan kedua-dua tujuan di atas.
    4. Nak berbisnes? Ada di sini juga.. Nak guna saja? Boleh juga..

    Boleh refer sini untuk entry terdahulu berkenaan L'arome.

    01. Product review -L'arome Sliming Serum 
    02. Testimoni L'arome Slimming Serum yang best

    Buat masa ini itu sahaja yang boleh saya kongsikan. InsyaAllah banyak lagi yang akan menyusul..

    Terima kasih kawan-kawan.

    ok bai.


    3 Comments

    Chapter 102 || SEGMEN BT BLOGLIST SEPTEMBER

    | Posting by: jie || Photo by : Busyra |

     Bismillahirrahmanirrahim,

    Jom join segmen nie..


    Sila KLIK untuk join...

    Jom sama-sama meriahkan.

    TQ Busyra. What a unique name u have.  :)

    ok bai.

    September 02, 2014

    7 Comments

    Chapter 101 || GIVEAWAY : Blogger 1 Malaysia

    | Posting by: jie || Photo by : SCHAZ |

    Bismillahirrahmanirrahim,


    KLIK banner untuk JOIN



    Salam.

    Saya blogger dari Perak. Bekerja di Tanjung Malim.

    Saya hjadi blogger kerana saya nak share apa yang saya rasa. Perasaa samada keseronokan ke satu-satu tempat, keseronokan mencuba pelbagai juadah/ resipi baru, apa sahaja.

    Kenapa nak share? Sebab saya tak tahu berapa lama satu-satu memori tu akan tersimpan di dalam otak saya. Jadi sekurang-kurangnya blog ini akan mengingatkan saya pada memori yang saya mungkin lupa.

    Saya juga share untuk jadi bacaan anak-anak saya. Bila mereka besar (insyaAllah), mereka akan tau tentang saya. Tak semua benda yang saya sempat share secara berdepan dengan mereka. Jadi blog ini juga adalah medium untuk anak-anak mengingati zaman 'kecil' mereka.

    Disebabkan faktor-faktor di atas, blog ini adalah terlalu berharga buat saya. Mana mungkin saya rajin menulis dan mereka-reka ayat yang sesuai (mengikut had fikiran saya) jika blog ini tidak wujud. 

    Entry ini juga sangat berharga buat saya kerana ianya adalah Chapter #100 !!!! walaupun baru 100 tapi bukan mudah untuk orang macam saya update 100 entry. wow kagum dengan diri sendiri.

    Thanks Schaz anjurkan contest nih!!

    TAG





    Sedikit kata-kata dari sponsor:

    8 pemenang dicari.
    3 pemenang utama akan mendapat hadiah isteimewa, manakala 5 pemenang lagi akan mendapat hadiah saguhati.
    Setiap blogger yang join GA ini schaz akan follow & review entry penyertaan uols.

    sponser by : schazshoppe

    ok bai.




    0 Comments

    Chapter 100 || Cabaran 30 Hari - Day 2 - 5 Cara Memenangi Hati kami @olahbersama

    | Posting by: jie || Photo by : jie |

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Cara nak menangi hati kami. Part duit semua tu klise sangat. Seantero dunia akan bagi jawapan yang sama.

    1.  Kami nak menang apa-apa berkaitan ID rumah baru kami. hew hew. 

    2.  Cerita pasal pokok-pokok dengan kami. Bagi hadiah lagi ok.  Spesis yang sesuai, yang cantik. Walaupun rumah kami sekarang takde pokok belaan pun, kami memang minat. Kekangan masa dan sebab rumah sewa ..tu lah jadi halangan. Biarlah nampak macam alasan tapi itulah hakikatnya.

    3.  Ajak kitorang gi expo, fair or exhibition mengenai new technology. Sangat suka. Sekarang suka pasal rumah je la..pasal lampu ke, kipas ke..tak semua yang kami nak beli..just for knowledge.. tapi kalau nak bagi hadiah no hal..

    4.  Untuk aku sendiri, tak payah bagi bunga bagai. Aku tak suka hadiah bunga. Sebab bunga akan layu..Bagi makanan ke, sambal ketuk ke..eh..yang manis2 semua tak payah

    5. Ajak kami ke rumah anda bila ada open house, house warming. Kalau takde event saje -saje pun ok..Janji makanan banyak dan sedap sedap. 



    Sekian. 

    ok bai.

    September 01, 2014

    4 Comments

    Chapter 99 || Cabaran 30 Hari - Day 1 - 5 Fakta Menarik Olahbersama

    | Posting by: jie || Photo by : Edi |

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Entri dibuat untuk memeriahkan segmen di #KelabBloggerBenAshaari iaitu #cabaran30hari.



    Gambar terbaru nan ado. Gambar raya pun boleh lah..Disebabkan Olahbersama is akaun bersama, makanya gambar pun harus berjemaah.


    1. Olahbersama dihasilkan oleh kami suami isteri untuk share segalanya yang difikirkan wajar dikongsi. Perkongsian ini lebih kepada untuk info sendiri bila kami dah tak mampu nak ingat semuanya. Juga untuk bacaan anak-anak kami supaya memori waktu 'kecil' mereka boleh diperolehi. #throwback la kekdahnya. Tapi info ni lebih kepada si isteri. 

    2.  Pernah mengganggotai kelab muzik di zaman sekolah rendah. dari zaman tadika dah diberi peluang untuk menyanyi solo. Katanya suara sedap (zaman tu taktau suara sedap tu apa). Pemain 'pianica' untuk pancaragam sekolah dan penyanyi untuk band sekolah. Aktif menyanyi semasa darjah 5 di majlis orang kahwin (huhu), expo.. Pernah juga menyanyi depan Sultan Perak. Dapat pujian lagi you..

    3.  Tak pernah masuk tempat karaoke.. Hmmmm...macam tak relate je dengan info no. 2 tu. Sebab sangat pemalu nak menyanyi depan orang sekarang. Tak tau kenapa. So tak perlu ajak tak perlu suruh. Saya tak kecil hati... :)

    4.  Masuk sekolah teknik ambil jurusan kejuruteraan awam. Sebab member cakap budak-budak course tu glamer. Full stop.

    5.  Kami suami isteri sama-sama belajar di UTM Skudai. Saya pernah ke rumah sewa beliau, beliau juga pernah ke rumah sewa saya (datang duk luar je ye, bukan masuk dalam rumah). Tapi kami tak pernah terserempak atau ada memori di mana-mana. Kesian kan? 

    Cukuplah. Entri lagi 29 hari pun jenuh jugak nak memikir. Boleh jadi soalan untuk interview. Harap-harap istiqamah.

    ok bai. 


    back to top