Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 118 || L'arome #05 - Testimoni sendiri L'arome ClearSkin (LCS) ~ olahbersama® Blogger Widgets

October 13, 2014

Chapter 118 || L'arome #05 - Testimoni sendiri L'arome ClearSkin (LCS)

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Lebih nak bercerita kesan penggunaan LCS untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan terdekat. Pada saya kesan LCS sangat bagus especially kepada kulit kering. Asalnya kalau ikut dari info yang kami dapat, LCS ni kita sapu merata pada muka dan leher. Yelah, nanti nampak tona muka dan leher tak sekata plak. 

Aku start guna LCS 13 September. Now 13 Oktober. Means dah sebulan. Ok ke aku pakai? 

Ok nak cerita dulu. Aku ni jenis kulit kering. Very dry skin. So sebelum ni memang kena sapu lotion banyak-banyak. Tapi aku tak suka sangat apply lotion. Sebab penat. Yelah lepas basuh tangan nak kena apply lagi. Sebab lotion ni ibarat 1 layer di atas kulit yang akan halang kulit dari mengering. Bila layer tu dibasuh, dia hilang. Pastu kena apply lagi. Ai is malas like that.

Tu kat tangan. Kat muka pun sama...Ikut mood. Tetiba keliling hidung dan bibir mengering. Dah kena cari pelembap plak. Kadang-kadang semua pelembap tak jalan bubuh je lotion muka kat situ. Hasilnya, at 1 time dia akan berminyak. So pipi ok tapi hidung berminyak. Tona tak sekata. Ai is stress like that plak. 

Aku masa mula-mula pakai LCS pun tak la teruja sangat. Sebab aku susah nak percaya produk muka ni. Sebelum ni aku ada pakai 3 produk. 

* Produk pertama buatkan kulit aku jadi lawa gila!! putih bersih je. Tapi macam tak kekal lama. Its like macam kulit ko bila dah immune dengn produk tu dia dah tak jadi apa-apa. Mana taknya, aku tak berapa pakai krim malam dia. Tak suka bau dan rasa melekit. Nak tido pun rasa tak best. So aku skip pakai krim malam. Memang tak menjadi la..Haha

** Yang kedua ni ok jugak. tapi krim siang cepat beno habihnya. Sebab lepas solat Zohor dan asar pun aku apply. So krim siang secoet (dalam 6g kot) aku pakai 3 kali waktu siang. Bukan macam foundation tapi structure macam clear gel. Yang malam pun aku pemalas lipas. So tak lengkap la rutin penjagaan muka aku.

*** Yang ketiga ni lebih kurang sama dengan yang pertama. Aku tak suka krim malam dia. Melekit. nak sapu pun tak selera. Pastu pencuci dia jenis sabun. Untuk aku yang jenis kulit kering ni, penggunaan sabun sebenarnya sangatlah tak digalakkan. Sebab  lagi akan keringkan kulit. Kenapa beli?? Sebab ada member pakai kulit dia jadi lawo plak..Haha..

So start 13 September lepas aku pakai LCS. Pencuci muka dan BB cream aku guna produk kedua. 

Apa praktis aku??

Pagi (weekdays)
1. Cuci muka dengan pencuci produk kedua. Lap kering.
2.  Pakai LCS.
3. Pakai BB cream produk kedua.
4, Pakai gincu. 
Siap.

Lepas solat Zohor & Asar (weekdays)
1. Pakai BB cream.
2. Pakai gincu. 
Siap.

Malam sebelum tido.
1. Cuci muka dengan pencuci produk kedua. Lap kering.
2.  Pakai LCS.
Tido. 

weekend:
Pagi- kalau keluar, ikut praktis pagi weekdays. Kalau duduk umah, ikut praktis malam.
Malam- Rutin sama.

Tu je. Takde kosmetik tambahan. 

Hasil??Jujur cakap aku suka. 
1. Pori-pori aku mengecil. Jadi kulit aku nampak halus sikit. 
2. Warna kulit sekata. . Bukan cerah melampau ya. Muka nampak glow. Bukan berminyak.
3. Kulit makin lembap. Ni paling suka. Dah tak kering lagi.
4. Parut jerawat pudar. Hilang semua belum lagi la. Tapi aku happy dengan result ni walaupun tak hilang semua.
5. Jerawat kalau naik senang mengecut.

Aku ambil angle yang sama sebab nak tengok sendiri kesan parut jerawat aku tu. 


Lepas tu aku gatal nak try. Apply plak kat tangan. Tapi apply sebelah je. Sebab nak tengok kesan macammana kan. Hasilnya? Tangan yang aku apply LCS lebih lembap. Yang tak apply kekal kering la kan. Nak tengok? Jangan ngeri plak ye. Haha.. 

Padahal aku apply sekali je. Pagi-pagi. Lepa tu kalau gi toilet ke makan ke basuh je tangan guna sabun macam biasa. Tapi still nampak beza kedua-dua tangan. 
## sila abaikan parut tu. Fokus pada kulit ai.



Testimoni aku kat group L'arome kitorang. Dah dijaja pun kat dalam facebook.


Member aku sorang lagi pun ada masalah kulit kering kat kaki. Bawah buku lali bila bersila selalu terdedah pada lantai. So kawasan kulit kat situ jadi kering dan tak cantik. Dia pun cuba-cuba je apply kat situ dan ternyata hasilnya positif. tapi aku tak bolehla tunjuk gambar kaki dia kat sini. Yang perempuan sapa nak tengok aku boleh bagi. Please PM iolls.



Balik kampung raya haji lepas mak and adik pun tegur. Muka nampak glowing. Wow perkataan glowing tu susah nak dapat weh. Jadi aku anggap itu adalah good sign. kalau ada yang kata "eleh, ntah-ntah saje je nak amik ati pujila aku"..haha..  Gua tak terase beb...Up to uolls...

Sebab kalau mak and adik aku berpura-pura takla dorang pun duk kenen nak pakai LCS jugak. Mak aku kulit takde jeragat. Tapi ada jerawat kecik-kecik yang dia pun tak suka dan nak get rid. haha..Weekend ni nak jumpa so bolehla tengok apa hasilnya. Sebab bila call katanya dah ok. Kawan-kawan a.k.a jiran pun dah sibuk bertanya mak iolls pakai produk apa. And guess what?? Mak dah ada customer pun!!! Hujung bulan bayar ..Haha...What else can I say...

Adik aku. Dia ni kronik sket. Muka dia penuh jerawat. Jerawat yang bernanah hokay. Untuk pompuan, pada aku tu dah gila teruk. Kesian tau tengok muka dia. Sebab kesian, aku suh dia pakai LCS gak. Dah la aku tolak half price je. Siap money back guarantee tau kat dia ni. Happy lettew dapat LCS half price. Tapi hutang. Tak bayo lagi...Muahaha...Student katanya. Pokai.

After 2 days pakai aku tengok jerawat mengecil. Weekend ni pun aku nak jumpa dia nak tengok. IPTA cuti seminggu ni. Dia nak surprise-surprise aku katanya. Nyampah. Tapi dia bagitau jerawat besar yang bernanah tu semua dah takde. Tinggal parut dan merah-merah saje. Siap bagitau lagi
" Dulu amik gambar mesti guna camera 360. Sebab kulit tak licin. Sekarang dah guna kamera biase"
Oh kesian sungguh ko dik non. Takpe ahkak dah bagi jalan. Ko usaha je la dik.  Nah belanja gambar dia sekeping. Tapi sebab adik ai pemalu ai blanco la sket. Muahahaha.

Tu je lah nak cerita buat masa ni. Sempena aku pakai sebulan jerawat manja dan tumbuh kat dahi hari ni. Takpelah, itu maknanya aku normal. Aku dah apply LCS. Jap lagi tamatlah riwayat ko jerawat. Gila konfiden kan??? Payah tau aku nak konfiden gini. 

Ni additional info.
1. LCS ni tak menghakis kulit ye kawan. Tiada sebarang pengelupasan pada aku. Takde pedih ke hapa.. Takde semua tu.

2. LCS tak perlu pakai selalu sebab dia macam serum pada kulit. Mudah meresap ke dalam kulit dan terus bekerja untuk perbaiki struktur kulit.

3. LCS ni kandungan dia 30 ml. So tahan 2 bulan. Memang tahan ye. Macam muka letak 5 spot je dan sapu merata. Tapi kalau nak sapu kaki nak sapu tangan jangan complaint la abih cepat. 2 bulan ni berdasarkan penggunaan kat leher dan muka saja.

4. Harga mahal?? Mahal jika kita bandingkan LCS dengan produk Malaysia. Murah jika bandingkan dengan produk International. So please compare apple to apple ya. 

5. Untuk aku, aku kata murah. Sebab bila pakai LCS aku dah tak pakai toner, krim malam dan compact powder. Dulu kena pakai. 3 benda ni je dah RM 140++. Eh memang mampu milik la... Produk setanding international tapi harga jauh lagi murah. Tapi kalau ko nak pakai semua tu dengan LCS ni pun takpe. Aku malas.

6. Even dah pakai LCS ko still boleh campur dengan UV cream/ BB cream/ foundation kesukaan ko. Oh pencuci muka pun boleh guna ikut suka kulit ko. 

Cukuplah 6 je. Tu pun jenuh dah aku taip. Ini  bukan propa ya. Kalau tak caya meh jumpa aku tengok sendiri. Next week aku tunjuk hasil muka mak aku and adik aku plak. Sorrylah mak ai tak pandai mms semua ni. Jadi kena tunggu wiken ni baru jumpa mak. Yang si adik plak sibuk nak surprise..APTB..

Ok bai. 

Entry L'arome:
01. Product review -L'arome Sliming Serum 
02. Testimoni L'arome Slimming Serum yang best

03. L'arome4u FB page

04. Kulit cantik dengan L'arome ClearSkin (LCS)












4 comments:

  1. jalan sini tengok skincare, ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iqlima, Tq jalan-jalan. Kalau nak tau detail boleh contact ya. :)

      Delete
  2. macam best je..dah terpangaruh dah daku mar ooooi..

    ReplyDelete

back to top