Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V March 2015 ~ olahbersama® Blogger Widgets

March 30, 2015

2 Comments

Chapter 149 || GST

| Posting by: jie || Photo by : Jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Semua orang bz pasal GST. Nak beli apa pun banyak kena GST. Better beli sebelum April 1st.

JANGAN GST NI JADI APRIL FOOL SUDAH!!!


Semalam sambil cabut-cabut rumput bersama En. Edi, kami bincang pasal GST.

Aku :  Petang ni nak gi TF. Nak beli susu anak.

Dia  : Haritu kan dah beli 2?

Aku : Memang la dah beli.

Dia  : Habis tu? Dah habih ke?? Cepatnya.

Aku  : Ada lagi. Tapi sayang tamak.

Dia  : Apasal nak tamak plak? Beli petang ni lepas tu takyah beli dah ke?

Aku  : Tak la.. Kan sayang dah cakap sayang tamak.

Dia  : Tak paham. Macam la boleh tahan setahun.

Aku  : Memang la tak tahan setahun. Tapi sayang tamak. Paham ke tak ni??

Dia  : Sama je la konsep ngan minyak naik aritu. Apsal tak tamak??

Aku  : Dah minyak nak simpan kat mana?? Susu beli 50 paket pun boleh simpan dalam kabinet. Minyak bolehh??

Dia  : Tak paham ngan orang pompuan ni.

Aku  : Tak paham sudah. At least boleh jimat sikit bila GST.

Dia  : 2 hari ni semua orang buat panicked buy. TF sure seronok buat stock take. Rasanya bulan ni la kot paling seronok.

Aku  : Nak gi jugak beli susu + diapers.

Dia  : Gi speedmart depan tu je lah. Tak yah gi TF. 

Aku  : @%$*^_)+)TRW%$E^* Nyampohhhh.... 


Haaa.. Isi nya sikit je. Tapi adakah aku yang pikir complicated atau dia yang pikir nak mudah je. Bengang aku susu nak disamakan dengan minyak. Kalau ada tangki kat bawah rumah aku confirm aku beli 18 tan dah bang oiii... (cakap dalam ati )



Banyak songeh sangat. Nah jaga anak-anak. Iolls nak sopping. 


ok bai.


** Harap-harap GST ni April Fool. Hahahaha

March 12, 2015

1 Comments

Chapter 148 || What's on my FB wall

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Selain gambar-gambar sendiri dan family, ni few item yang aku dah share kat FB wall. 
Saje. Yang mana aku suka aku share.



SEMANGAT/ PENYAYANG/ PINTAR
Maybe coincident. Tapi benda-benda macam ni sebenarnya bagus. sebab indirectly akan positifkan sesiapa saja yang pilih 3 perkataan tu. Letak lah semua yang baik-baik dan positif.

Apa pun yang kita pilih sure kita rasa macam relate je semua dengan kita. Padahall...

But this really make my day. Tipu ke betoi ke.. aku tetap rasa happy.


LOVE, SUCCESS, FREEDOM.

Ni pun sama. Semua yang best-best. 

Ni juga bukti yang manusia itu berbeza. Punya 2 mata. tapi pandangan kita berbeza. Apa yang aku nampak belum tentu sama dengan apa yang ko nampak. Sebab tu kita diberi banyak pilihan . Supaya kita boleh pilih mana yang baik dan sebaliknya.


Cara-cara nak tanam atau biakkan pokok. Aku kan baru je pindah. So semangat memang berkobar-kobar. Setakat ni kat rumah dah ada pokok serai, pokok daun kari, kunyit, kucai dan cekur (baru bertunas).

Pokok cekur ni hari-hari aku belek. Hari-hari aku cakap dengan dia. Supaya dia membesar bagai johan. Barulah En. Edi sayang iolls. Sebab En. Edi yang suka makan cekur. Muahahaha


Sebab nak menanam sayur, tengah cari idea macammana nak realisasikan denga cara yang smart. 
Tapi semua tu belum start. Now pokok pun tak tersusun lagi T___T.



Fair. No komen. Sebab 200% botoi.


Ni ayat boleh buat sentap. Tak refer pada mana-mana artis. 
Tapi lesson learnt.. tak payah cerita 1 doniya apa yang ko buat. 
Kalau sweet itu hanya pada manusia.. bukan ALLAH.


Apa yang baik dari Allah. Yang buruk tu dari aku sendiri. Astaghfirullah. 


ok bai. 
0 Comments

Ananasgoodmood tiny giveaway

| Posting by: jie || Photo by : Ananas

Bismillahirrahmanirrahim,

Jom join GA adik manis ni ramai-ramai.

KLIK BANNER UNTUK JOIN




  • The 2 lucky winners gonna get RM 5 topup for each person. 
  • 1 very the lucky winner gonna get a mistery gift :D 
  •   Deadline gonna be on 17th of March

OK BAI. 

2 Comments

Chapter 146 || US @ Batu Feringghi, Penang

| Posting by: jie || Photo by : jie & Edi's clan |

Bismillahirrahmanirrahim,

saja nak spam lagi gambar kitorang kat Batu Feringghi 21 Feb 2015. Gambar ni dari phone lain. Saja nak simpan buat kenangan. 

Gambar part I boleh tengok kat SINI

Gambar Zahra ni ambik angle macam ni sebab nak elakkan 2 minah saleh yang pakai 2 piece kat sebelah depa. Jenuh nak keluarkan. Jenuh jugak lah mata kami dijamu dengan lengang kangkung mak limah depa kat depan kami. 

Pastu duk lepak sebelah kami. menjemurkan diri. Yang sorang tu siap bukak bra. Nasib baik dia meniarap. Kalau baring kuak lentang jenuh la aku nak tutup mata En. Edi. 

Memang mat/ minah saleh ni trained untuk berbikini kat pantai. Tak kiralah yang tua ke muda ke berselulit ke berlemak sana sini ke... Tension plak aku nengoknye. 

Nasib baik Zahin tak tanya soalan macam-macam kat aku. Kalau tak jenuh gak la nak menjawab.

Jawapan kena tepat dan padat. Supaya anak-anak tak salah interprete. 






Nampak sebaya kan??? Muahahaha......

Oh haritu mak ayah tak join. Depa pi Pantai Krabi. Sebab kami tak join jadi kami pun pegi pantai jugak. Fair. 

So far semua enjoy. Cuma sebab cuti CNY, so jalan dalam Penang agak sesak. 

Balik tu singgah pekena laksa, Lai Chi Kang, ABC & ayaq kelapa. 6 orang kami kena RM50. Kalau lepas GST ni tak taulah berapa plak nak kena.

Aku memang tak paham GST. Bukan sebab tak amik tau tapi tak paham dengan konsep perlaksanaan tu. Tak nampak faedahnya untuk aku. kui kui.

Kalau diberi pilihan, SAYA TOLAK GST !!!

** Penyokong tegar GST, appreciate if u can just read without any comment. TQIA. Peace. 

ok bai. 

March 11, 2015

5 Comments

Chapter 145 || Happy Birthday Zahin !!

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

21 Februari 2015. Zahin genap 5 tahun. Alhamdulillah.

Ok. done with madah pujangga. nak happykan dia.. Kami bawak dia pegi mandi laut di Batu Feringghi. On the date itself.

He's so happy. Sampai takmo breakfast.

Keluar dari Bukit Mertajam dalam pukul 8.30 pagi. Tak masak heavy pun. Bihun Singapore, Cucur, kentang goreng, sambal bilis, kek besday Zahin. Masak pun tak banyak. Tapi tak habis pun. Semua duk seronok main dan mandi.

Sampai pun awal. Cuti kan. So banyak lah kereta di jalan. Lalu ikut bridge.

Jom layan gambar-gambar di sana.

Baru sampai. 3 orang yang tak mandi pagi. 


Hampar tikar. Awal kami smpai. Orang pun tak ramai lagi. Cuaca pun sejuk lagi time ni. 

Potong kek dulu. Nanti dah mandi lupa segala kek ni. 

Lupa bawak utensil T___T.
basuh benda-benda ni semua. Nasib baik belum kais pasir. Asalkan bolehh...

Dah start...

Kids. Happy. As they always do...




Penat mandi. Layan jajan je. Sian beno nampak Zahin tu. 

Bawak naik bot. Setengah jam app. RM100. 
Dah penat main dan mandi, duduk dalam bot, layan mata. 
Mengantuk woii....

Zahin yang happy. 


Tempat ternakan ikan. 



Tu je lah. Balik ikut feri plak. Sebab jambatan jam.

Sampai rumah layan tido.

ok bai.
5 Comments

Chapter 141|| Besday dan resipi ketam bercili

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ahad lepas. Besday En. Edi. Kat rumah masa tu ada 2 orang adik ipar, mak mertua dan sorang anak sedara selain kami la...

Tahun ni beli je. Kek secret resipi. Beli 4 slice. Sebab kalau beli sebiji kek confirm tak habih. Dah jangan membaziaq.

Suruh budak-budak 3 orang ni pegang kek. Tolong nyanyi kat ayah. Duk kat dapoq jangan berjalan-jalan. Alhamdulillah semuanya mendengar kata. 2 orang gegirl tu lebih kepada excited sebenarnya. Syukur gak Zahra pun behave. Besar dah anak ibu.



Sempena besday gak, aku suh En. Edi beli ketam dan masak ketam bercili. Resipi yang dia nak sangat buat aritu. Beli kat TF barang basah. Balik rumah semua dia buat. Aku tolong tengok je. Pastu tolong rasa. Sebab dia nervous nak rasa. Ngek.



Alang-alang tu meh aku bagi resipi sekali. Ni aku bagi berdasarkan apa yang En. Edi buat aritu.

Bahan-Bahan
- 3 ekor ketam.
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- halia dalam 1 1/2 inci
- 5 tangkai cili padi
- Cili kisar (aku pakai sambal segera power ni)
- tomato/ sos tomato
- sos tiram
- gula/ garam/ perasa
- sedikit air
- telur itik (aku pakai telur ayam je)
- daun ketumbar

CARA-CARA
- Bawang putih/ bawang besar/ halia/ cili padi ditumbuk kasar. Pastu tumis.
- Masukkan cili kisar. Aku pakai sambal segera INI je. Confirm MELETOP sambal korang. 
- Masukkan ketam.
- Masukkan tomato/ sos tomato. Sos tiram dan sedikit saja air. Jangan banyak anyak sebab ketam keluar air gak nanti.
- Perasakan garam gula.
- pecahkan telur dalam mangkuk. Tuang je dalam ketam ni. Kacau-kacau tutup api.
- Masukkan daun ketumbar. Wangi u.





Rasanya???

Sebab besday dia, weolls makan semua kata sedap. Tapi memang sedap pun.
Okeh bang. Lepas ni boleh buat lagi. I lap U.


Rahsianya? En. Edi teringin lepas tengok chef 5 rempah 5 rasa tu ubat. Aih apo sonang sangat ni. Nak buatlah.

Tengah-tengah massak sat-sat cek balik recording tu takut ada bahan yang missed out. Pandai !!!

Nanti boleh record semua series tu. Pastu bagi dia tengok. Pstu teringin. Pastu gi pasar pastu masak. Kami makan. Oh I luv u too !!!! Muahahah

video
Sebagai kenangan, kami simpan video ni di sini. Untuk tatapan ZZ bila besar nanti. 

ok bai. 
2 Comments

GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris

| Posting by: jie || Photo by : AyueIdris |

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : marziahzakaria
instagram id : marziah81 


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 







2 Comments

GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

| Posting by: jie || Photo by : byekinrazalli |

Bismillahirrahmanirrahim,

KLIK BANNER UNTUK JOIN

hadiahnya :
1. blouse satin size L byekinrazalli x 2 pemenang
2. chiffon pant office attire (full lining) x 2 pemenang
3. storage bag x 1 pemenang
4. Tutu skirt beige color x 1 pemenang
5. Topup RM5 x 4 Pemenang
6. RAHSIA  (worth RMxx)
7. RAHSIA  (worth RMxx)
8. RAHSIA   (worth RMxx)


GRAND PRIZE is tailor made BAJU RAYA 2015 worth RMxxx byekinrazallidatailor x 1  PEMENANG
*winner can choose whatever design she/he want depend tnc


PEMENANG untuk hadiah 1-8 adalah by random.org
PEMENANG untuk GRAND PRIZE adalah by top google ranking

so, jom join sebab ada 2 minggu je untuk dapat semua hadiah yg menarik ni

11 Comments

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

| Posting by: jie || Photo by : Emas Putih |

Bismillahirrahmanirrahim,
As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015






3 Comments

RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me




| Posting by: jie || Photo by : REDBELLAS |

Bismillahirrahmanirrahim,

Jom  sama-sama join GA ni. Mudah je. Sap sap soi je. Hai Redbellas!!!


KLIK BANNER UNTUK JOIN.


Hadiah-hadiahnya:

Cenderamata daripada IKEA

Giveaway bermula hari ini sehingga 31 March 2015!!!


March 03, 2015

2 Comments

Chapter 140 || Batuk. Natural Treatment

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Batuk. Sakit tekak. Selsema. Semua cukup.

Hari tu ada update kat FB & IG pasal Chia Seed. Dah ada yang tanya khasiat la testimonial la. Pada yang tak tau, chia seed ni salah satu supplement jugak. Banyak sangat khasiat.

Macammana rupa chia seed? Macam selasih. Kecil sket. cantik sket dari selasih. Tapi tak bagi apa-apa rasa bila masuk dalam makanan atau minuman. Buat masa ni aku guna chia seed ni untuk buat overnight oats, smoothie, roti, masuk dalam air minuman..

Bila masuk dalam air, orang jarang tanya sangat.. sebab macam selasih kan... 

Cuma macam ubat dan supplement yang lain juga, jangan overdose. Ambillah sesudu sehari. Agak-agak.

Batuk dan selsema dah lama dah. Tapi lately ni rasa makin teruk. Memang tak makan apa-apa ubat. Bukan takut. Tapi aku malas nak gi klinik.

Ahad lepas suruh En. Edi belikan madu. 

"Bang, belikan madu".

En. Edi balik dengan madu asli dan biji habbatussauda. Dia suruh minum madu dan makan biji habbatussauda tu. Malam tu amik air suam, campurkan madu, titiskan minyak habbatussauda, perah lemon. Minum. Habbatussauda ni rasa dia lagi tak sedap dari ubat. Eh, aku ok je ngan rasa dia..Yang tak tahan bau dia. Cuma yang tak sedap tu lah ubatnya. 

Kesimpulannya biji habbatusauda tu aku tak makan lagi. Guna minyak je. Yang tu memang dah ada kat rumah. Aku suka campur dalam masakan especially untuk anak-anak. Tapi tak leh letak banyak sebab nanti dia akan POTONG rasa makanan.



2 hari dah pegi keje aku bawa air suam + madu + hirisan lemon + chia seed sesudu. Malam tadi sebelum tido pun telan madu. Zahra pun aku bagi gak. 

Pagi tadi bangun peritnya tekak. Eh apsal makin sakit ni. Kering gila.. Sekali nak mandi duk asik batuk.. Haa kau... keluar kahak kuning-kuning. 

So bolehlah teruskan cara ni. Jangan kata aku tak percaya ubat ke apa. Aku just nak try natural remedy.




Ada satu lagi cara .. Ni aku google je.Hiris lemon dan halia, masukkan madu. Simpan dalam peti ais. Madu akan jadi likat dan kenyal macam jelly. Nak guna boleh ambil sesudu campur air suam dan minum. Boleh tahan 2-3 bulan. OK balik ni nak buat.


Selingan.


Ini budak makan brokoli. 
" Sedapnya ibu..."    
" Apsal sedap sangat ni ibu"

Nak ambil hati ibu pun berpada lah Zahin. Brokoli rebus je pun.  T__T

Ini budak dah ok dah. Bangun pagi mandi pun dah ok. Pakai baju pun happy. Kurang dah drama. Alhamdulillah. 3 tahun dah gi sekolah.

Aku suka taska UPSI ni. Modul dan pembelajaran yang memang sesuai untuk anak-anak. Bukan setakat jaga bagi makan minum tidur je. Nanti aku share kat sini. Zaman kita dulu takde benda-benda ni weii.. Jeles kat anak sendiri.

ok bai. 

March 02, 2015

2 Comments

Chapter 139 || New Update

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Lama dah tak bercerita.

Besday Zahin 21/2/15 yang lepas. Genap 5 tahun. Alhamdulillah. dah besar anak ibu. bawak berkelah ke Batu Feringghi. dah tertunai. Nak belikan hadiah LEGO. Dah dapat. Opah nak hadiahkan basikal baru. Dah beli juga.


Besday Ayah ZZ. 1/3/2015. Sekali baru buat kek. Yang lain kek beli je. 3 kali juga ayah dah tiup lilin. Hahaha..
Moga diberikan kesihatan yang baik..umur yang panjang dan imam yang terbaik buat kami.


Sempena besday ayah ZZ masakkan ketam bercili. Besday boy masak ko. Gigih masak padahal lepas tu nak gi umah member kenduri. Adik sendiri yang allergic ketam pun nak makan sebab air tagan abangnya. Mak mertua pun kagum. Rajin anak aku ni. Muahahaha

Full details akan diceritakan kemudian. In sya Allah. 


Throw back 2013. 32 years. 



ok bai. 
back to top