Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 146 || US @ Batu Feringghi, Penang ~ olahbersama® Blogger Widgets

March 12, 2015

Chapter 146 || US @ Batu Feringghi, Penang

| Posting by: jie || Photo by : jie & Edi's clan |

Bismillahirrahmanirrahim,

saja nak spam lagi gambar kitorang kat Batu Feringghi 21 Feb 2015. Gambar ni dari phone lain. Saja nak simpan buat kenangan. 

Gambar part I boleh tengok kat SINI

Gambar Zahra ni ambik angle macam ni sebab nak elakkan 2 minah saleh yang pakai 2 piece kat sebelah depa. Jenuh nak keluarkan. Jenuh jugak lah mata kami dijamu dengan lengang kangkung mak limah depa kat depan kami. 

Pastu duk lepak sebelah kami. menjemurkan diri. Yang sorang tu siap bukak bra. Nasib baik dia meniarap. Kalau baring kuak lentang jenuh la aku nak tutup mata En. Edi. 

Memang mat/ minah saleh ni trained untuk berbikini kat pantai. Tak kiralah yang tua ke muda ke berselulit ke berlemak sana sini ke... Tension plak aku nengoknye. 

Nasib baik Zahin tak tanya soalan macam-macam kat aku. Kalau tak jenuh gak la nak menjawab.

Jawapan kena tepat dan padat. Supaya anak-anak tak salah interprete. 






Nampak sebaya kan??? Muahahaha......

Oh haritu mak ayah tak join. Depa pi Pantai Krabi. Sebab kami tak join jadi kami pun pegi pantai jugak. Fair. 

So far semua enjoy. Cuma sebab cuti CNY, so jalan dalam Penang agak sesak. 

Balik tu singgah pekena laksa, Lai Chi Kang, ABC & ayaq kelapa. 6 orang kami kena RM50. Kalau lepas GST ni tak taulah berapa plak nak kena.

Aku memang tak paham GST. Bukan sebab tak amik tau tapi tak paham dengan konsep perlaksanaan tu. Tak nampak faedahnya untuk aku. kui kui.

Kalau diberi pilihan, SAYA TOLAK GST !!!

** Penyokong tegar GST, appreciate if u can just read without any comment. TQIA. Peace. 

ok bai. 

2 comments:

  1. sue kalau duduk ngan anak sedara memang nampak sebaya.. hehehe perasan muda laa sangat.. apapun semua seronok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue, awak tu kecik molek. Memanglah nampak muda. Iolls ni tak berapa kecik. Jenuh nak bagi nampak sebaya...hehehe

      Delete

back to top