Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 178 || Menu buka puasa.. ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 06, 2015

Chapter 178 || Menu buka puasa..

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Aritu konon-konon nak update menu buka puasa seminggu sekali. Combine 7 hari punya. Tapi sebab tak sihat, banyak hari juga menu kelaut. Taktaulah apa yang En. Edi masak. Sian dia.

Ada juga hari yang beli. Ada yang makan ada yang tak. Aku la. En Edi makan macam biasa.

Ni tengok ada gambo dalam phone transfer je lah. In case rujukan dimasa depan. Ni semua masak masa sihat sebelum sakit. 


Ikan siakap stim. Buat 2 ketul masa ni. Awal-awal puasa. 
Habis seketul je. 

So part kepala ni aku frozenkan. Baru semalam keluarkan, reheat dan panaskan. 
Last-last aku yang masih takde selera. Habislah seketoi ni kat En. Edi. 

Kangkung goreng belacan. First time tu amik FREE je kangkung kat blakang office. Pastu terase sedap plak. Esoknya beli  plak kangkung dan buat set untuk bubur plak. Menu hari ke-2. 

Menu buka puasa hari ke-3. 

Bubur lambuk ambil FREE kat surau taman. Cuma masak lauk-lauk dia je lah.
Sup perut. Lobak masin. Sambal kicap. Kangkung belacan + mushroom. Telur masin + ikan bilis + kacang. kueh kita goreng je dim sum udang. homemade. 

Ni kulit dim sum tu. Beli readymade je kat econsave. 

First day inti aku buat udang. Second day aku buat ayam plak. 
Senang je inti dia. 

Isi udang blend. Campur carrot, bawang, celery, daun bawang, minyak bijan, garam. Siap.

Isi ayam blend, campur telur sebiji, tepung jagung, bawang, daun bawang, carrot, minyak bijan, garam. Siap.

yang ayam ni rasa macam nugget sket la...


Tu je lah yang sempat amik gambar pun. Yang lain semua simpan dalam hati. Haha..

Berdasarkan plan awal, semua aku dapat buat tapi ade yang tak sempat difrozenkan.

1. Kengsom buat buka puasa hari pertama. Makan kali kedua. Yang pertama time belum puasa. Kuah terbuat sikit so dapat makan 2 kali je lah.
2. Kuah laksa - mak buat. Masa aku tak sihat. Makanlah 2 hari. Tak sempat nak frozen dah habis. Guna ikan kembung. Makan dengan spagetti.
3. Kueh frozen - aku sempat buat dim sum je. Onde-onde + cucur badak mak aku yang buat dan frozenkan.

Tu je lah kot. 

Hari ni plan nak buat mihun tomyam. Masak campak-campak je janji ada rasa. Pastu goreng pisang. Cukuplah. 

Esok ada buka puasa di office. 
Rabu ada buka puasa di taska.
Khamis plak ada buka puasa dengan geng office En. Edi.
Jumaat la plak kita pikir ya. 

ok bai. 




2 comments:

  1. kenapa jie.. sakit ke? itulah dengan cuaca sekarang memang ada yang tak tahan.. apapun semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa sihat Che Sue. Kena viral aritu...

      Delete

back to top