Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 180 || Hati yang Terluka ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 09, 2015

Chapter 180 || Hati yang Terluka

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,



Aku up status kat FB semalam. Kata hati aku terluka.

Sebenarnya aku tak tahu hati aku terluka ke tak. Tapi aku terkesan dengan apa yang berlaku dalam hidup aku sejak akhir-akhir ni.

Macam-macam jadi. Yang orang juga boleh interprete macam-macam.
Aku rasa dikhianati. Oleh orang yang sepatutnya aku boleh percayai. Tak. Aku bukan percaya kat dia 100%. Tapi sekurang-kurangnya aku beri ruang padanya untuk jadi orang yang aku boleh harapkan.

Arghhh.. Ayat sendiri pun tunggang langgang. Jap. Aku tengah nak cuba hadam apa yang aku patut sampaikan.

Lepas tu aku sakit. Sakit sangat. Sampai warded. Orang boleh kata. Tulah balasannn untuk orang macam aku. Bila dikhianati, orang yang tak tahu sangat mudah buat andaian. Takpe. Aku telan sendiri. Aku anggap sakit ni juga kifarah dosa. Buat aku insaf. Bilamana Allah tarik sekejap nikmat dunia. Tapi aku percaya.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semuanya bergantung kepada REZEKI.

Yang pasti aku nampak hidup aku terkesan dengan 2 benda. Satu masa aku join kursus ESQ. Banyak benda yang aku tak nampak, aku tak ambil peduli.. Tapi terkesan setelah kursus tu. Lepas tu , aku pandang setiap sudut dan aspek dengan pandangan yang berbeza. Secara khususnya, aku lebih suka pandangan ini berbanding yang sebelumnya.

Lepas tu aku baca pulak buku 'Mudahnya menjemput REZEKI'. Haa.. Tajuk dia macam tulah kot. 

Jadi lepas tu, apa-apa yang berlaku dalam hidup aku memang aku lebih tenang. Aku marah pada yang khianat aku. Aku tak suka juga kenapa orang boleh buat macam ni pada aku. Tapi DEEP INSIDE, aku tak boleh tak mengaku bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk aku. Sebab tu aku masih boleh senyum walaupun banyak benda yang boleh aku sedih. 

Aku malas nak beratkan kepala. Buat sekadar yang patut sahaja. Nak lebih, lebihkanlah akhirat. Aku memang baca doa Nabi Yunus je sekarang. Bila FREE. Untuk aku tenang. Supaya aku tau yang semuanya dari Allah.

Apa yang aku rasa. Aku banyak pendam sorang. Aku hanya mengadu dengan Allah. DIA Maha Mendengar. Maha Penyayang. 

Klise sangat kooo... Bajet alim. Habis?? Takkan nak bajet kafir???

ok bai. 



1 comment:

  1. ya itu yang sebaiknya jie.. hanya kita yang berada dalam situasi tu yang tahu apa rasanya hati kita..

    ReplyDelete

back to top