Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V August 2015 ~ olahbersama® Blogger Widgets

August 26, 2015

0 Comments

Chapter 191 || Zahin & Kalam Jamaie

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku bukan pelajar aliran Bahasa Arab. Belajar Bahasa Arab masa sekolah agama je masa sekolah rendah.  So Bahasa Arab memang kelaut.

1 hari aku hantar Zahin. Lepas tu ustazah kelas dia bagitau Zahin terpilih untuk ambil bahagian Kalam Jamaie. Zahin tak berapa nak join tapi Ustazah duk pujuk suruh masuk jugak. Few days la jugak ustazah pujuk dia.

Ustazah Tanya ada tak Zahin bagitau kami. 
Pastu dengan muka tak bersalah aku Tanya ustazah.
“Kalam Jamaie tu apa Ustazah?”.
Huhu. Sian aku.
Rupa-rupanya Choral Speaking dalam bahasa Arab. 
Pastu terus sembang ngan Ustazah nak cover malu. Haha.

Peringkat Kawasan dan Daerah menang tanpa bertanding. So peringkat Daerah just jadi persembahan terakhir je lah. Masa tengok tu aku rasa macam “ memang takleh menang kalau macam ni”. 
Next weeknya akan bertanding peringkat Negeri di Bangi.

Masa ni di Bukit Beruntung. Dekat sikit.


Lepas perform.



Yeay ! menang ! Tanpa bertanding ! Haha.

So hari-hari berlatih kat sekolah. Sabtu pun berlatih. Ahad  pukul 6.30 pagi dah hantar Zahin naik bas nak ke Bangi. Sob-sob. Besar dah anak Ibu. 5 tahun dah pegi bertanding Bahasa Arab peringkat negeri. Aku masa 5 tahun main je kot. ABC pun tak tau. Yelah. 6 tahun baru gi kelas tadika.

Kitorang pegi sendiri. Gerak kemudian. Pukul 10.30 gitu sampai. Sempat la tengok daerah-daerah lain jugak. Kecut jugak aku tengok Daerah lain ni hebat-hebat. Senang cerita hebat sangat bila aku compare ngan life aku dulu. Haha.

Kawasan Hulu Selangor dapat giliran last sekali. No 16. Aritu berdoa moga-moa ada 3 team je jadi kalau kalah pun dapatlah no 3. Sekali 16 team kooo…

Tuan tanah bersama anak teruna. Bagi can la ...

Kumbang dari 5 orang tinggal 4 je atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 



Ustazah tu guru kelas Zahin. Before perform, ustazah ni ada sembang ngan aku pasal Zahin. Ada yang buat aku rasa bangga. Ada jugak yang buat aku sentap. Sentap sebab aku kurang beri perhatian pada pelajaran dia. Terima kasih Ustazah tolong ingatkan aku. 




Saja tunjuk gambar ni banyak-banyak. kalau dari gambar aku dapat rasakan bukan mudah nak handle dorang. Kesabaran kena tinggi. Tu sebab aku tak jadi cikgu. Eh !

Bila tiba giliran zahin & team, Serious.. Aku kagum. Kagum dengan anak sendiri mula-mula. Tapi sebenarnya kagum dengan tenaga pengajar dorang sebenarnya. For me, its not easy to teach and educate 5-6 years  old kids to do all that. Sebab memang totally berubah dari minggu sebelumnya.





Lepas performed, aku mintak nak bawa Zahin balik sebab nak pegi kenduri. Masa tu baru 11.45 pagi dan keputusan akan diumumkan lepas Zohor. Memang tak boleh la tunggu. Tambah plak mengenangkan keaktifan zahin. Memang tak la nak tinggalkan di situ. Penat ustazah nanti.

Keputusannya. Tak memang. Hanya dapat saguhati. Tapi semua ibu bapa yang tengok kata semua anak-anak ini dah menang di hati kami !! Yang penting pengalaman.
Untuk Zahin, pengalaman dia yang paling best adalah naik bas dengan kawan-kawan ke Bangi. Normal. Kids.

Pagi itu. On de wey ke Bangi. 

Bergambar di sekolah. 

We love u Zahin.


Ok bai. 

August 17, 2015

1 Comments

Chapter 190 || LIFE UPDATE

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Rarely checked my blog account lately.
Macam-macam dugaan & ujian.
Kawan-kawan, doakan aku. 
Doakan moga segalanya dipermudahkan.
Samada baik atau sebaliknya, aku mohon dipermudahkan.

Jangan Risau.
Bukan sebab sakt kronik ke apa ke. 
Ni dugaan penyakit hati je.

Banyak plan dalam kepala. 
Sampai tak tahu nak deliver mana satu dulu.
Confuse mana satu yang patut diberi priority.
Takpelah doakan segalanya baik-baik saja.

Syawal dah habis Tapi penghujung syawal paling banyak makan-makan.
Banyak juga yang aku attend. Banyak juga yang aku makan. :(
Pastu sekarang rasa baju ketat. Kah Kah. 
Disebabkan banyak dugaan, mood makan bertambah dan #larome [KLIK] pun tak sapu.
Bajet kebal sangat. 
Amik koo...Padan muka aku.

Sekarang cuba untuk amalkan pemakanan sihat.
Sebab tubuh badan ni amanah. Kena jaga sebaiknya.
Kalau nak kena apa-apa pun, sekurang-kurangnya aku dah cuba jaga.
Yang lain terserah pada Allah.

Oh semalam Zahin ada pertandingan Kalam Jamaie peringkat Negeri Selangor. 
5 tahun dah pandai cakap bahasa Arab. 
Aku sendiri 6 tahun baru pegi sekolah.
Bila tengok Zahin dah membesar, rasa sebak.
Mak Mak sangat. Nanti aku up entry tu dalam minggu ni jugak. Buat kenangan. 

1 gambar dulu. Full Entry nanti aku karang. 

Biarpun dapat saguhati, Zahin dah menang di hati aku.
'Bias' sangatt.
Bukan nak riak.
Tapi hakikatnya, kita ada banyak resources kalau nak dalami agama.
Juga ada banyak resources kalau nak jadi sebaliknya.
kat sinilah peranan kami sebagai ibu bapa.

Macammana nak titipkan istiqamah dalam mendidik.
Disamping mendidik diri sendiri.

Takmau bagi anak bz dengan dunia siber.
Tapi duk layan handphone depan anak-anak.
Aku la tu.

Tak bagi anak main game online.
Tapi mak duk main candy Crush.
Aku la tu.

Tak mau anak-anak terjerit-jerit.
Tapi mak kalau naik angin dah macam singa.
Aku la tu.

Astaghfirullah. 




August 07, 2015

3 Comments

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015

| Posting by: jie || Photo by : Sayaiday.com dan Ayueidris.com |

Bismillahirrahmanirrahim,




Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa


August 03, 2015

1 Comments

Chapter 188 || Jejak kasih kawan-kawan di Aidilfitri 2015

| Posting by: jie || Photo by : Edy |

Bismillahirrahmanirrahim,


Malamnya (unplanned) aku dah terjejak kasih la dengan kawan-kawan masa sekolah menengah. Dorang datang rumah pun dah lewat. But raya kan... Tak kisahlah. Riuh rumah aku . Memang aku happy gila dapat jumpa balik kawan-kawan lama. 


Dengan muka nak tido dah aku ni. Mereka-mereka semua masih bersemangat berhari raya. Bukan dorang je tau. Suami masing-masing ada je depan kitorang ni. Tapi duk group lain so senanglah kami geng gegurl ni (gegurl?) nak bergossip.

Yang sebelah kanan aku tu jangan main-main. Penulis novel koooo... 
Novel dia pun nak adaptasi drama dah.
Tapi datang rumah aku tak bagi novel FREE pun. Apa pun tak boleh

NENG.. NAK NOVEL FREE!!!!
Neng nama manja dia. Kat novel pun dia tak tulis nama betul. Korang carilah nama pena dia SOPHILEA.

Takpelah. Tak dapat novel FREE pun jadi HEROIN pun jadik lah.. Eh

Rupanya banyak jugak keje dia bila nak adaptasi drama ni. Aku suka dengar cerita-cerita macam tu. Bagi knowledge. 



Yang belah kiri aku tu tu sejak aku pindah sekolah masa form 4 memang tak jumpa sampai sekarang. Dah la dalam kelas duk sebelah aku je. Puan Rosnah namanya. 

Ko rasa aku seronok tak jumpa dia on the first raya? Bohonglah kalau tak seronok. Seronok sampai beronok. Dia lah orang yang tahan je telinga duk dengar aku bercerita. Ntah hapa-hapa aku ni. 

Yang duk sorang-sorang kat sopa tu kelas lain. Mula-mula tak rapat sangat pun. Tapi lepas SPM sementara tunggu result kitorang kebetulan keje kilang yang sama. Tak berjanji pun. Mak kitorang dulu pun keje kilang sama gak. Mak anak sama je. Kah kah...So jadi bff la masa kat kilang tu. Sampai lah sekarang. At least setahun sekali mesti jumpa. 

Dia jugaklah tukang make up aku masa aku bertunang. Suka dia mekap. FREE je. bagi makan-makan sket. Tapi kannn.. dia ni jahat sangat. Sebab aku tak duduk diam dan bulu mata susah nak lekat, dia pi lekat bulu mata pelesu guna GAM UHU. Geram iollls. Eh tapi sebenarnya aku tak perasan pun. Tau pun sebab adik aku Intan yang bagitau. Komplot dah depa ni. 

Yang belakang 3 dara tu semua sekampung. Sekolah sama dari tadika sampai form 3. Eli, Wan & Dayah. Eli ngan Wan tu mak buyung. Tapi tak nampak buyung pun. Gerram je. 

Dalam gambar ni semua nampak single kan???? Tapi dah tak available. Kah Kah Kah. 

ok bai. 


back to top