Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 202 || Korea Getaway Day 1 - Part II || ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 09, 2015

Chapter 202 || Korea Getaway Day 1 - Part II ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Sambungan dari Entry INI [klik].
This is where we slept. Di hari pertama. Comel je biliknya. NOBLESSE HOTEL, SUNCHEON.

Image from GOOGLE


1 double bed & 1 single bed. 

Basic necessity. Provided. 

Haaa... ni sangat penting & value added. 
Takpayah nak masak air panas dah. Best kan.
But still hotel ni provide cerek. 

Pandangan dari pintu masuk hotel. 

Sampai-sampai terus solat jamak takhir. Kat sini masuk waktu awal. Pukul 6.00 petang dah maghrib.

Lepas solat rehat-rehat. Mandi dan settlekan solat maghrib + Isya' sekali. Lepas tu pakat layan maggi cup bekalan dari Malaysia. Makanlah dengan chili flake + serunding. Dari siang tak makan proper, makanya dinner kami malam tu terasa sangatlah sedap.

Malam tu takde plan nak gi mana-mana. Penat pun ye. Jadinya plan nak jalan-jalan sekitar guesthouse. Turun je layan 7E dulu.




Susu. Kalau tanya aku memang aku jawab semua sedap. 

Ada telur rebus dan ada telur mentah. Kena pandai baca. Aku tak pandai tapi Ipah pandai. 

7E kat Korea lebih variety. Macam-macam jual. Sebab ada perut melayu, makanya nak jugak nasi.

Beli nasi di 7E, panaskan dengan microvawe. Siap bawa turun kicap manis + serunding lagi u. Lepas tu beli telur rebus jugak. Makan terus ke kat situ. Tapi share-share jelah. Sebab tadi dah bedal maggi.

Lepas tu jalan-jalan dan pusing-pusing. Aku ngan Zita memang malas nak tukar baju jadinya kami memang pakai baju dan seluar tidur. Cuma pakai sweater je lah sebab sejuk. Aku dengan kasut sport adalah rupa baru  balik berjogging. Si Zita lagilah dengan seluar kotak-kotak.memang huru hara fesyen. Haha..

Tapi kawasan sini agak kampung sikit la untuk Korea. So fesyen dorang sendiri takdelah stylo sangat. Biasa je kalau nampak pakai sport attire malam-malam ni. Jadinya kami pun tak la nampak janggal di situ. Cuma yang mungkin nampak janggal apehal pulak budak pompuan (budak??) 4 orang siap bertudung bagai di Suncheon ini???

Jalan sana sini lepak pulak coffee house. Masa ni aku memang dah full so teman kan ajelah. Tak beli apa pun. Pastu balik bilik, layan TV sat dan zzzz....


Kami stay di hotel ni 1 malam saja. So esoknya terus check out. Hotel provide breakfast tapi since kami tak sure tentang kehalalan jadi skip je lah. 

Kos hotel?? 70k Won untuk 1 malam. Bahagi 4 orang makanya sorang perlu bayar 17.5k won. Gittew.

Nanti aku sambung lagi ya. Sebenarnya entry ni tak lah menarik pun sebab tak melawat mana-mana pun. Next entry akan bermulalah journey kami. So far OK lah . Walaupun schedule lari tapi kami OK sebab itinery tu kami yang buat sendiri. Takde depend pada mana-mana pihak pun.

ok bai. 

0 comments:

Post a Comment

back to top