Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 221 || Korea : Day 7 - Nami Island fefeeling winter sonata || ~ olahbersama® Blogger Widgets

February 15, 2016

Chapter 221 || Korea : Day 7 - Nami Island fefeeling winter sonata ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,


Lamanya tak update. Cerita pun dah basi. tapi takpelah. Update jugak la dari takde.

Actually it wasn't in our itinery. Tapi memandangkan aku je yang aku pernah ke sana dan tak  BEST la kalau gi Korea tapi tak gi Nami Island. So here we are.. Pagi tu bangun dan breakfast di pantry. Dorang ada sediakan telur, roti dan jam. Kami breakfast tambah dengan nasi Brahim's from Malaysia.



Then mulalah sesi turun naik train. Most of all, kami banyak follow Ipah. Sebab dia je yang master part ni. So aku memang jadi follower je lah. Kalau kena tinggal tengah-tengah jalan tu memang blur lah tak tau nak tuju kemana.





Last station kami turun di Gapyeong Station. Dari station amik teksi ke Naminara Island.  Oh bas pun ada tapi kami nak cepat sampai. 

Tiket Korail - 4,000 kW
Tambang Teksi - 8,400 kW



Fee to Naminara Island - 8,000 kW


Ramai orang masa ni. Sekolah pun ramai buat rombongan. Sekolah means budak-budak 5-6 tahun aku rasa. Tengok pakai baju seragam sama je. Kiut je muka.


Pandangan dari atas feri. Nak flying fox pun boleh. Tapi kami tak naik pun. 
Dah nak sampai. 


Spotted Malaysia !!!!
Naik feri pun berdiri je. Apedehal. Dekat je. Lebih kurang dari Pekan Kuala nak ke Sayong. Hahaha...



Kreatif!!

Budak pompuan tu bagitau mak dia nak bergambar dengan kitorang. Aku pun dengan konpidennya posing sekali si Zita ni tak masukkan muka aku plak. Cissss......


Takpelah. Biarlah aku membawa diri keseorangan...Muahahaha

Masa ni Autumn baru nak start. Maple dah start merah tapi ginko masih hijau kekuningan lagi. So ada banyak warna lah kat sana. Seminggu lepas kami balik tu view kat Nami dah cantik .. Mostly semua pokok dah tukar kaler.

Maple leave..



Pokok yang ada. Siap tagging complete dengan tarikh tanam. 

Semua tempat ramai orang. Memang takde canlah ko nak feeling sorang-sorang tempat tu tak nampak orang. jalan-jalan.. Lepak jap makan jajan. Sambung jalan-jalan sambil bergambar. Ada jugak wedding photoshoot.


Buah ginko !! nak cantik amik buah ni tonyoh kat kulit. 


Sambung merajuk lagi sebab Zita crop gambar. T___T. 


Layanlah Zita nak amik gambar plak. Kang dia merajuk susah. 


Dari jauh dah macam cermai ginko ni. 


Masa ni Zita on the phone melayan masalah opis dia. Jadi akulah kena layan 2 orang ni berhindustan. 







Tupai kecik ni pun banyak. Nampak macam jinak tapi macam merpati lah jinaknya.



Berhenti jap nak lunch. Ni kat kedai nasi goncang yang famous tu. Aku pun dah berkobar-kobar. Tapi bila tengok menu dan nampak macam ada keraguan, baiklah kami bangun je. 


Sebelah tu ada halal cuisine. Jadi kami lunch di sini. 








Ni yang kami makan.. Nanti aku update balik. Konsep mudah. Beli 4 menu berbeza. Makan ramai-ramai. Bayar share 4 orang. Air as usual air sejuk jerrr...

Total makan - 39,000 kW.

Tingkat atas ada surau. Boleh terus solat. 






Sebelah area kami makan. Kalau bawak family boleh la spent time kat sini jugak. Sambil parents solat, anak-anak membaca kat bawah. 




Surau. Kemas dan bersih. Ada je telekung wakaf kat situ. 

Ni antara survenirs yang aku sempat snap. tapi tak beli pun...









Ni pulak antara bunga-bunga. Sana banyak bunga. Suka tengok sebab semua cantik...
















Botol tu botol real. 

4 season umbrella. Kalau nak acah-acah hot belilah 4 sekali. 


Us. 

Dalam pukul 4 kot kami keluar dari sini. Naik train balik ke Bandar Seoul. Ke myondong & namdaemun plak. Nanti kita sambung, Muntah plak nanti tengok gambar.

ok bai. 

















































0 comments:

Post a Comment

back to top