Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V May 2016 ~ olahbersama® Blogger Widgets

May 10, 2016

0 Comments

Chapter 224 || Korea : Day 8 Part I - Changdeokgung Palace ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Hahaha.. Mengeto nak habiskan entry Korea. Padan muka sendiri.
Maapkan saya. Mood mak yong sekarang kelaut. Bizi dengan kerja. Bila balik rumah selalu niat nak update blog malam-malam tapi tinggal harapan. Kalau ada kerja urgent pun bila sampai rumah semuanya tak pernah menjadi apatah lagila update blog.

Hari ke-8 di Korea.

Pagi-pagi tu breakfast di GuestHouse je. Makan lah bekalan yang ada dan reheat saje. Since hari tu hari last kami jalan-jalan di Seoul maka haruslah mereka membawa aku ke Palace. Dari Guesthouse jalan kaki ke bus station. Sambil jalan sambil menyinggah sambil bergambar.
Turun bas pastu jalan kaki sket dan sampailah ke sini. On the way tu ada jugak nampak few palace kat tepi jalan. Tapi dah ini yang dorang pilih aku ikut je.



Fee masuk.

Changdeokgung Palace - KRW 3,000
Secret Garden - KRW 5,000




Kami tak masuk secret garden so merayau kat area palace je. Kalau ikut plan memang luas kawasan palace ni. Secret garden tu pun masih terjaga dan cantik. pastu sapa nak masuk secret garden ada timing yang tertentu. Ada tour guide. Tak boleh sesuka hati je nak masuk.


View dari pintu masuk. 

Overall, kawasan memang bersih, Arkitekture teliti. Ramai je local yang melawat juga. I wonder muzium negara ramai lagi tak pelancong Malaysia sendiri. Eh aku pegi ye Musium Negara. 3 kali masa sekolah rendah dulu.

Ada area yang boleh masuk ada yang tak. palace ni antara yang tertua kat Korea. Senibina masih sama. Banyak gunakan kayu dengan ukiran-ukiran yang unik. kalau ikut sejarah yang aku baca dah 2 kali dah palace ni terbakar dan dibina semula.



Si Ipah masa ni ade keje plak. So dia duduk je lah mengadap thinkpadnya. Si Nenot pulak tak berapa sihat so malas nak jalan. Jadinye deme berdua tu bayar KRW 3,000 sebab nak duduk je bawah pokok dalam palace tu. Gila kaya deme ni.. hahahaha...

Nasib baik Zita tak berlagak kaya dan menemani Iolls berjalan-jalan dalam kawasan istana ni.





Nampak pulak pokok persimmon / pisang kaki ni. Buah macam ada butuk-buruk sket. Tapi terjaga. Takde sapa pun nak sebok petik buah ke hapa. Takde pun signage larangan petik buah. Tapi aku nak amik pun rasa tak berani. Yelah kang tak pasal-pasal kena petir kat situ jugak. So bergambar jelah aku mampu dengan buah-buah ni.


Ade je pelawat palace yang comel-comel datang pakai hanbok. So kitprang pun amik je lah gambar. Kenagan kan.

Tengahari kami dah gerak keluar. Sebab plan nak pergi Insadong market plak.


Kita sambung kemudian k. Jangan marah...

Ok bai.
0 Comments

Chapter 225 || Korea : Day 8 Part II - Insadong Market & Yang Good Restaurant ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,


Naik bas lagi. Masa mula-mula nak masuk ke Market ada show. Tengoklah walaupun tak paham.


Insadong market ni lebih tersusun. Ada banyak kedai dan tak banyak stall. Stall pun more to street food. Kami banyak habiskan masa beli survenir kat sini. Beli keychain. Beli beg. Beli t-shirt.




Beg tu cantik. Tapi aku beli design lain...






Kedai Garam pun ade.. 





Ni antara 1 kedai yang kami spot menjual dengan harga berpatutan. Best. Dia pun boleh cakap malay sikit-sikit. So banyak jugaklah survenir yang kami beli kat dia. Korang kalau datang Insadong cari kedai ni...Yang wefie dengan kitorang tulah owner kedai.
Penat membeli lepak jap kat coffee house. Kitorang kat Korea memang layan coffee house je hari-hari. Sebab tu lah duit aku banyak habis. Kalau betul-betul belanja banyak yang boleh save. Bukan berlagak ye uolls. Kat Malaysia memang aku tak layan coffee house sebab kita banyak pilihan. Boleh je nak minum air mineral tapi kami saje je layan tekak. Sebabnya konsep nak pegi Korea adalah nak berjalan dan makan. Jadi memang takde limitation when it comes to food.
Kedai ni jual all beg 10k Won. Besar kecik semua sama. aku beli la 1. Dua orang makcik ni beli banyak. Sapa nak mintak kat dorang. haha

Sampai petang jugaklah di Insadong. Pastu naik bas balik ke Guesthouse. Malam nanti Ipah nak ajak makan daging. Halal yooo... So semua happy sebab dah banyak hari tak makan daging. See kitorang memang always happy when it comes to food. Rugilah jalan jauh-jauh tapi tak rasa makanan Korea. Itu pendapat kitoranglah. pendapat orang lain kami tak tau.. hihi...

Mode makan ON. nak repeat memang payah la. Mau makan tahun nak datang lagi. Yelah hujung bulan 7 (In Sya Allah) baby nak keluar. Jadi takkan nak mendukung ke sana. Tak leh lompat bintang nanti. hahaha...

Sebelum dinner kami ke Hangang River tengok rainbow fountain show. dari Guesthouse kami guna subway. Video aku upload sikit je so kalau nak tengok lebih korang google ya. Haha.. Apa yang best?


Fountain tu terhasil dari jambatan ke sungai lah. Ada pancutan air yang ikut rhythm lagu dan warna lampu yang macam rainbow. Lepak sekejap kat sini. Menikmati fountain. lepas tu ke seberang pulak tengok lampu dekat 2 building ni. Dah lupa building apa tapi cantik sebab lampu yang bertukar-tukar jugak. Video takde sebab aku malas nak cari. So aku masuk je kat sini gambar. 

Scene building ni aku ade perasan masa tv series She was pretty.


Kami ke Yang Good Restaurant.  Yang good ni dekat area gangnam. Ala...yang lagu Gangnam style tu. Inspired by this area la. Lorong Gangnam. Dari Hangang River naik teksi.Then jalan kaki guna waze. hazabedah juga nak sampai sebab lorong kecik dan lorong agak scary (untuk kitoranglah).

Gangnam ni sebenarnya area ongkaya duk melepak. Yang parking tepi club semua kete mahal-mahal. Sambil minum beer sambil sembang. So bila kami berempat jalan kaki dengan pakai tudung ramai yang pelik.. Haha... Semua jalan sambil buat-buat berani.


Jenuh la jugak pusing-pusing cari. Tetiba Zita takde. Panik sat. Rupanya dia menyelinap masuk ke 7E tanya orang dalam tu. Wei takut gak kalau Zita hilang camne nak mereport. Hahahahaha..



#Halal
Akhirnya sampai jugaa.... jauh perjalanan luas permandangan. Demmm.. lapo plak sambil taip entry ni.


Aku pun dah lupa set apa yang kitorang order. Tapi mee ni pada aku memang WIN. Sedap sangat sebab pedas. 

Kat sini jugaklah aku rasa makan mee sejuk. Rupanya memang mee tu sejuk. Kuah dia siap ada ice blended. Nenot order ni sebab dia sakit tekak. 


Contact details:
서울특별시 강남구 논현로95길 15 (Seoul, Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15)
Phone number: 02-567-7060

Total bil malam tu 63,000 won. kami ambil 3 jenis lamb, 2 jenis mee, 2 nasi. Air kosong & kopi free flow. tapi dah kenyang so takde ambil kopi pun. Sidedish semua dia akan refill kalau habis.

Dah kenyang kami tak kemana. Terus balik. Packing beg. Esok nak ke Busan. Weehooo...


ok bai. 

back to top