Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V July 2016 ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 27, 2016

0 Comments

Chapter 227 || Korea : Day 10 - Gamcheon Cultural Village - Busan||

| Posting by: jie || Photo by : jie |


 Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah. Entry last day Korea.


Bangun pagi pun tak agak pagi. Lepas Subuh semua bantai tido balik. Breakfast time kat Guesthouse pun dah habih. So kami turun balik ke kedai fishcake tu dan breakfast lah kat situ. Ikutkan pagi tu ada demolah macammana nak buat fishcake tapi kami rush nak ke GCV tu, so tak tengok. Skip.


Kami naik bas je. Jangan tanya no bas aku tak ingat. Sebab aku bukan tour guide.



Minum dulu....






Sampai je bermulalah tour kami. Kami amik map ni untuk cop . Seronok sikit ada map ni sebab kita bolehla buat macam trasure hunt. Kalau tak memang taktau hala tuju. Jalan je sana sini payah juga. Sebab luas dan laluan kecik je.

Jom tengok gambar sambil aku cerita sikit mana-mana yang aku ingat. Haha...

Port wajib bergambar di sini. Tapi ramailah orang. sabarlah tunggu turn ya...
kawasan ni masih lagi didiami. So bila naik tangga atau lalu lauan ni janganlah kepoh sangat macam kampung ko. Sebab kesian kat orang kampung sini hari-hari dengar orang bising. hahaha...
Cantikkan.... ??
1 for the album...
Masa ni dah penat. Ada 1 point tu nak amik cop tapi macam lost sket. 
The other side plak.
nak amik gambar dengan patung ni kena queue. Aku tak taulah drama apa ni... Tapi quite famouslah kot...
Ni menerangkan keadaan tangga untuk gambar di atas tu.. Nasib baik kami menurun.. Bukan naik tangga. Kalau naik merasalah kami nampak bintang-bintang berterbangan atas kepala..hahaha...

Turun pun penat wei....


Muka yang happy setelah dapat semua cop. dapat apa kalau cop semua ni? Dapat kepuasan je lah. 

Last posing sebelum balik. 

Balik tu naik bas. Turun somewhere yang aku tak ingat. Jalan-jalan kat situ kejap sebab Ipah nak jenguk kot-kot mertua dia ada lalu. Hahahaha...

Then balik ke Guesthouse.


Malam tu dinner luar lagi. Jalan kaki je sebab tak jauh sangat. Makan ni. Nasi goreng seafood. Kat sini side dish boleh pilih dan ambil sendiri. Kami order nasi goreng seafood, pancake dan mee sejuk ni. Mee sejuk tu untuk Nenot yang sakit tekak. Alhamdulillah kenyang jugak.



Lepas makan balik bilik jap. Then keluar balik jalan-jalan ke ...... Zita tak sihat so dia duk bilik packing baju. Kami jalan bertiga je lah. Naik cab je ke sini...











Orang tak berapa ramai. tenang je. Habis pusing-pusing balik naik cab. Balik bilik dan packing barang. Oh tak zabarrnya... Rindu kat ZZ dah masa ni...

Esoknya terus ke airport dan balik. Flight kami pagi. Sampai Malaysia petang. 

So far aku puas hati dengan trip ni. Walaupun banyakkk lagi area yang tak cover tapi dengan group ni banyakkk jugak yang kitorang discover. 

10 hari di Korea.
Busan - Suncheon - Mokpo - Muan - Jeju - Seoul - Busan 

Suncheon/ Mokpo/ Muan adalah bandar yang bukanlah pilihan pelancong seluruh dunia ataupun Malaysia khasnya tapi kami sampai juga di sini. Siap hiking lagi kat Mokpo. Which is totally not in our itinery.

Masa siapkan entry ni aku tengah tunggu hari nak deliver baby ke-3. In sya Allah. Korang doakan ya. Nak tamatkan entry Korea. Kalau sempat lepas ni aku try lah update kos untuk 10 hari ni. Tapi aku akan update kos yang penting je lah. Kos travel, kos guesthouse, entrance fee, sewaan kereta, wifi. Pendek kata yang perlu je lah. Personally, memang jimat. 

Makan/ shopping/ survenir aku tak masukkan. So korang pandai-pandailah bajet nanti. Till then..

Babai.



back to top